Hallooooo Rasa nak buat giveaway simple-simple jeee.. Ada yang sudi nak join?
Untuk kali ni saja je nak share hadiah-hadiah menarik dekat kengkawan bloggers. Giveaways kalini sebenarnya ter 'inspirasi' dari satu seminar yang saya pergi. Tajuk seminar tu adalah pasal kecantikan wanita dan juga penampilan diri yang menarik. so sebenarnya penampilan diri yang menarik ni bukan lah kata yang over-over. Just nice sedap mata memandang dan kemas. Berhias yang sederhana untuk meningkatkan keyakinan diri. so kiranya penampilan diri dan mngenakan make up ni bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri tapi juga meningkatkan produktiviti kita dalam pekerjaan yang dilakukan.
YEKE??
Okay bagi pendapat saya, mementingkan penampilan diri termasuk untuk mengenakan make up tu sedikit sebanyak memang dapat meningkatkan keyakinan diri saya juga. Bekerja dalam bidang yang bertemu orang sana sini, kalau kita ni berpenampilak elok, semestinya lebih profesional dan orang akan lebih respect. Ini mungkin pengalaman dan juga dari observation yang dibuat. Cumanya rata-rata atau masih sebilangan besar wanita ni dia bukan lah tak nak bercantik-cantikkan. Mungkin mereka sendiri tidak tahu macamana dan dari mana nak mula? Masih pening produk apa yang sesuai, make up yang macam mana kena dengan skin dan macam-macam lagi. sO kita tahu je masih ramai yang diluar sana pening betul bila cerita bab skincare ni kan?
Ada tu pulak bila saya pergi mengajar untuk kelas makeup dan skincare ni, ramai yang tidak tahu step yang sebenar. Ada pulak yang cuma cuci muka sahaja. Lain-lain penjagaan diri tidak dibuat. Di zaman serba canggih ni tak perlu risau lagi sebab ilmu ada di mana-mana. Cuma rajin atau tidak untuk kita dapatkan ilmu.
so Ok... tak nak berlengah lagi. Saya nak rasmikan giveaway untuk kali ni, nak mintak senaraikan atau listkan apakah....
RUTIN SKINCARE & MAKEUP SAYA
Syarat giveaway:
1. FOLLOW blog saya
2. Komen dekat link entri ni "saya join" beserta link blog anda
3. Post entri ringkas rutin skincare sehinggalah ke make up beserta gambar sebelum dan selepas make up.
TARIKH TUTUP : 22 MEI 2023