Quantcast
Channel: HaNis SaNia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 118

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016

$
0
0

Hi assalamualaikum.. Rasanya dah lama aku tak join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger. Tergerak pulak hati untuk join kali ni. Hihihi kebetulan memang tahun ni nak tambah jumlah follower pun. Jumlah follower pun tak seberapa sO kalau dapat tambah kenalan blog ni lagi best. sO untuk segmen kali ni dianjurkan oleh Blogger Hasrul Hassan. Harap segmen ni dapat menambah kenalan dan follower di blog aku. 


First of all, aku nak memperkenalkan diri aku. Nama untuk blog adalah Hannis Sania. Gabungan dari nama sebenar aku. Aku hanyalah seorang blogger yang menulis apa sahaja asalkan apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsi. Blog aku tak ada spesifikasi pun. Semua aku hentam sahaja menulis. Hihi tapi ada had dan limitasinya. Aku hanyalah seorang penjawat awam yang bekerja makan gaji. Menulis blog hanyalah sebagai hobi sampingan sebab impian aku pun nak menjadi seorang novelis. Cuma tak kesampaian jek lagi. Maklumlah kekangan masa. 

Apa yang aku inginkan pada tahun 2016 ni tak banyak pun. Macam biasa moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini. Semoga diberi kesihatan baik dan rezeki mencurah-curah dari Allah s.w.t. Impian pulak aku tak listkan banyak pun. Cukup sekadar dapat melihat rumah yang dibeli siap pada tahun ni. Menunggu dengan kesabaran hampir 2 tahun. Hihihi tak sabar rasanya nak mulakan kehidupan baru di rumah baru bersama keluarga kecilku. Impian ke-2 melihat manuskrip aku siap dan sedia untuk dihantar. Inshaa Allah. Amin.. hihi semoga tahun ni berhasil. 

ok lah itu sahaja. Semoga dengan segmen ni, dapatlah menambah kenalan baru dan follower blog usang aku ni. 

Assalamualaikum 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 118

Trending Articles