Quantcast
Channel: HaNis SaNia
Viewing all 118 articles
Browse latest View live

14 hari Laana TERjangkit HFMD

$
0
0
Apa itu HFMD ? 

HFMD merujuk kepada Hand food mouth disease atau lebih dikenali dengan nama penyakit kaki tangan dan mulut di kalangan kanak-kanak. Sebenarnya dah lama nak share pasal HFMD ni tapi selalu jek lupa. Bila teringat tu kita pulak busy dengan benda lain. Sudahnya dah hampir 4 bulan pun Laana sembuh dari HFMD. 

Yess ! Sebenarnya aku tertarik nak up entri HFMD ni sebab Laana tak terkecuali dari terjangkit dengan HFMD nih. Omaigadddddd sangat sangat sangat.... sangattttttttttttttttttt terseksa okay. Kalau boleh elak u olls parents ni tolong la elakkan anak-anak kecil u olls dari terjebak dengan HFMD. Kenapa aku cakap terseksa? Haaa jap lagi aku cite dengan details. Sebelum tu bagi aku cite sikit simple-simple apa itu HFMD. 

Penyakit ni sebenarnya sangat senang dijangkiti oleh bayi terutamanya. Kebiasaan terdapat lepuhan / bintik-bintik merah di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki. Selalunya HFMD ni menyerang kanak-kanan dan bayi berumur bawah 10 tahun. sO HFMD ni sangat-sangat senang berjangkit. Kalau bayi A telah dijangkiti then dia ke pasaraya dan menaiki troli, keesokan bayi B pula menggunakan troli tersebut juga HFMD boleh berjangkit. Senang kan?? 

Tanda dan gejala HFMD: 
- Demam 1-3 hari 
- Lesu dan letih
- sakit tekak (selalunya ada ulser dalam mulut)




Ok ni gambar masa sebelum dia kene HFMD. Sehari sebelum HFMD. We all ada pergi makan-makan and beli barang sikit dengan Mall. Hari tu macam malas sngat nak bawa stroller. Lagipun keluar sekejap jek beli barang-barang dapur dan keperluan rumah kan? sO Laana letak dalam troli barang tu jugak. Senang kan? Lagipun kalau nak bawa stroller kene tolak 2 benda pulak. Sementara aku amik barang yang dah disenaraikan awal, en. suami aku tolak troli yang ada barang-barang and Laana. Laana siap main and duduk sekejap berdiri dalam troli tu. Dia tak duduk tempat duduk pun.

Esok pg badan Laana mcm dedar. Igtkn sekejap jek atau kdg2 budak2 ni kan selalu panas pagi. Lepas tu okey balik.  Tapi pengasuh whatssap cakap badan Laana makin panas. Bdan pun mula naik macam ruam kecik especially tapak tangan dan kaki. Aku dah mula tak sedap hati. Tapi mula-mula aku ingatkan alergik sebab Laana selalu jugak alergik kepada habuk, kotor, debu dan kucing. sO kalau ikotkan ruam kecik tu perkara biasa. sO aku rileks lagi. Tapi tak boleh nak fokus masa buat kerja. Jadi aku pun minta kebenaran bos untuk balik awal. sO masa lunch dalam jam 1.00 petang tu aku bawa Laana balik rumah. Sebelum tu singgah klinik panel dekat area rumah jugak. Doktor cakap ruam biasa. Hmmmmm okay. 

Malam tu Laana cuma terbaring jek. Demam macam teruk jugak. Cek suhu 38 . Aku pantau macam biasa kalau dia demam. Bagi ubat, then dia tidur dalam 8 mlm tu. Then dalam jam 1.00 pagi dia bangun and aktif. Demam dah kebah. Badan tak panas lagi. Dia main macam biasa. Masa tu en suami la jaga sebab esok pagi aku nak pergi kerja pulak. Bergilir dengan dia jaga Laana. Pagi esok tu aku tengok ada bintik-bintik dekat tangan kaki mulut. Ulser pun penuh dalam mulut. Hmmmmm tetiba terdetik dalam hati, ini macam bukan alergik biasa nih. Macammmmmm ...... penyakit kaki tangan mulut jek. Berdebar tetiba. Terus EL tak jadi pergi kerja. Whatssap bos bagitahu nak EL sebab anak macam tak sihat. 





Tapak tangan dan dalam mulut penuh ulser. Pagi tu Laana macam tak nak makan and minum susu. Mungkin tak selesa sebab ada ulser dalam mulut. Kesian dia. Air liur pun asyik meleleh. Hmmm kemudian kami pergi PPUM pulak. Then doktor sahkan ini HFMD. Adoii aku mula rasa susah hati. Untuk tiga hari nih, Laana memang meragam dan menangis. Nak tidur pun susah. Dia asyik tergaru-garu. Lepas tu selera makan pun kurang. Tapi dia kerap minum air kosong yang sejuk fresh dari peti. Habis 1 bekas jugak dia minum. Selalu 1 bekas minuman dia tu 2 hari jgk nak boleh ke habis tuh. Susu pun dia akan minum bila dah sejuk. Suam pun dia tak nak minum. Sakit kot. sO aku kerap jugak bagi aiskrim vanilla. Badan pun cepat jek susut. Kesian dia. 

Masuk hari ke 4 tu dia da mula aktif da. Walaupun kesan gatal-gatal and bintik tu masih ada. Memang lambat  nak baik parut and merah-merah tuh. Kulit dia sebelum ni putih gebu bersih jek. Bila ada merah-merah macam ni kesian pulak. Nampak macam kesian pada dia. Bila sentuh pun kulit dia tak licin gebu. Rasa macam bersisik. Dia aktif macam biasa pun dah bersyukur Alhamdulillahhh.. Cuma kadang-kadang dia tergaru-garu laa. sO dalam masa 14 hari juga kami cuti. Tapi cuti bergilir laa. Kebetulan ada cuti sabtu ahad isnin tu lega la sikit. sO aku amik cuti 4 hari, husband aku 3 hari. sO bila gabung tu dapatlaahh jaga Laana selama 14 hari kat rumah. Sepanjang dia gatal-gatal tu aku biarkan dia dalam aircond jek. Kalau berpeluh memang tak selesa dia garu sampai berdarah. 

kat bawah ni kulit dia bila da masuk hari ke 8 







Untuk rawatan Laana di rumah aku cuma bagi ubat alergik malam shaja untuk elak dia garu and gatal teruk. Siang dan malam aku sapu losyen calamine dan bedak ubat. Campur dan lumur 1 badan 





Tengok muka dia tetap senyum hihi.. Masuk hari ke 13 kulit semakin baik. Parut mula pudar. Hari ke 14 memang da macam baik betul la. Ada la sikit-sikit tuh. Legaa Alhamdulillah. Memang perit jugak laa nak menjaga budak terkena HFMD nih. Kalau boleh elak mohon parents elak ye. Especially berkongsi public stuff macam kerusi makan budak, troli. Kita tak tahu tahap kebersihan benda-benda tu semua plus ada parents yang penting diri dah tahu anak HFMD dibawanya keluar ke shopping mall. Budak tak baik betul lagi dah dibawa berjalan. Duduk je la di rumah berehat yee. Aku pun syak anak aku terkena HFMD ni selepas kami guna troli beli barang dekat 1 Mall nih. Hurmm bila tanya doctor , memang doctor pun tak nafikan jangkitan melalui sentuhan barang yang pernah disentuh pesakit sebelum boleh berjangkit kepada bakal pesakit. Kan da kata HFMD mudah berjangkit ! Hati-hati !!

Lagi 1 kene byak bersabar berhadapan dgn budak yang kena HFMD nih. Memang ada ragam sikit. Dorang tengah tak selesa kan? sO kita jgn la expect yang dorang tengah normal. so kalau boleh biarkan duduk dalam aircond supaya tak berpeluh dan menyebabkan gatal lagi. HFMD ni bole berjangkit dengan sangat senang. Then boleh berjangkit lagi untuk akan datang sekiranya tak beringat. Bukan macam demam campak je ye yang hanya sekali sahaja seumur hidup. HFMD boleh terkena 1 kali 3 kali 10 kali. Oleh itu jagalah kesihatan dan kebersihan anak anda.

Oh satu lagi pakaian Laana pun sepanjang HFMD tu aku rendam air panas dlu then baru basuh dengan sabun dettol dalam mesin basuh. Air panas tu siram masa baju dalam baldi la. Jangan pulak korang tuang air panas dalam mesin basuh auto yeee. Rosak kang aku tak tanggung. 


Kemas baju-baju lama baby untuk recycle semula ! Jimat atau kedekut??

$
0
0
Lama betul tak bersiaran kan?? Nak dapat buka laptop tu kemain bercinta. Asyik busy memanjang lagi-lagi bila dah ada 2 baby kecik nih. Huhu Smpaikan bos aku siap whatssap mintak aku clear semua email sebab dia nak email pada aku tak dpat. Huhuhu sebenarnya dah 2x aku clear email tu tapi tak tahulaa apa yang cepat sangat penuhnyeee. Huhuhuhu nevermind ! Nanti aku clear email-email yang tak penting. Sekarang ni kita cuba fokus kepada entri yang aku nak up. Haha .. sebenarnya tak ada laah best mana pun entri kali ni sebabnya aku cuma tercuit hati nak menulis bila terlihat baju-baju lama Laana yang masih elok lagi. Sebenarnya mak aku ni suka sngat membeli baju untuk Laana dan harganya boleh tahan jugak laaa. Baju budak-budak zaman sekarang ni kemain mahai kalah mak pak! sO bukan nak kedekut tapi nak berjimat. Ada lagi yang lebih penting kan?? 

sO dah alang-alang nak masuk bulan Ramadhan then dah nak raya pulak kan, aku and mak aku decide why not beli jek sikit-sikit baju untuk raya tu kalau ada sale. Sekarang kalau nak membeli ok lagi laaa berbanding nak shopping time puasa nanti. Penat dahaga tu 1 lah. Tapi yang tak tahannya bila ada 2 babies ni cmne nak shopping secara aman lagi wei?? Ada ketenangan lagi ke untuk belek-belek barang?? Hahaha 100% tak lah kan?? Then bekerja dengan nak berbuka puasa lagi. Huuu baiklaah berbuka di rumah sahaja. Macam biasalaa kalau time puasa kedai makan memang akan penuh. Mana taknya kalau boleh jam 4.00 petang lagi orang dah sibuk duduk untuk booking. Ada yang reserved awal 1 hari la. Jadi baiklaah aku membeli awal-awal apa yang patut. 

sO far untuk Laana of course la tak ada apa-apa masalah. Plus dia pun lambat mmbesar lagi. Kalau beli pakaian pada dia memang puas hati. Hihi boleh pakai lama. sO bolehlah membeli apa-apa baju ke Laana. Cumanyaa kalau untuk Raniya, aku terpaksa buka balik box baju Laana yang dah tak muat. Memang since baju dia newborn lagi memang Rania pakai baju Laana pun. Kesian adik ! Nasib la dik. Macam tu laa gayanya jadi anak nombor 2. Tapi ada juga kami topup baju Raniaa dalam 5 - 6 pasang. Kira ok la tuh ! Lain-lain memang aku pakai yang Laana punya jek. Nak berjimat di zaman ekonomi tgh gawat nih ! Nasib baik anak sama gender sO jadik la turun temurun. Tapi selalunya baju2 ni orang pakai 2 anak jek untuk newborn kan? Dah anak ke 3 ke 4 tu better beli laaa yang baru semuaaa. 

Masa proses screening nak topup baju raya untuk Raniya ni aku buka box baju baby yang lama-lama. Baju untuk jalan-jalan Laana dlu aku memang letak box asing. Mak mak sangat kan sebab baju anak ni ada 2 kategori. Tu belom campur untuk pagi siang malam pulakk. Hahaha okey kalau ikot kategori tu, 1 baju biasa duduk di rumah, 1 lagi baju untuk jalan-jalan. Jarang la pakai sebab baju duk rumah of course lebih nipis dan selesa dan of course seksi ! Hahaha singlet xde lengan + seluar pendek. sO hasil dari pencarian baju lama tu adalaa beberapa helai yang masih cantik dan elok lagi. Macam baru lagi.



Yang kiri tu baju baru Laana untuk raya nanti.  Haha semua tu tok mommy dia belanja. Ada jugak aku beli 2 lai, tapi selebihnya tok mommy belikan untuk Laana kesayangan dia. Yang kanan tu hasil godek-godek box baju lama Laana. Baju Laana yang masih elok aku simpan especially untuk baju keluar jalan-jalan. Raya dah nak dekat kan? Raya nanti umor Raaniya da masuk 4 bln. Kebetulan pulak kan masa tu banyak baju Laana yang cantik-cantik lagi bolehlaaa buat beraya dik. Since da ada byk tu ibu cuma topup 2 lai jek baju baru cantik untuk Raaniya. Nak berjimat untuk benda yang rasanya boleh untuk dijimatkan. Hahaha bahasa kelaut sangat ! Banyak benda nk dibeli tahun nih. Sebabnya kami tunggu rumah siap untuk renovate sikit, beli perkakas apa yang patot dan pasang itu ini. Mau habis beribu tuh ! *picit kepala*


Tengok la apa hasil pencarian aku kat bawah. Yang mentah elok lagi aku simpan. Haha yg dah berbulu tu dah pakai untuk harian jek. Sekarang baju bdak2 lagi mahai dari orang dewasa tau !

baju belang kat atas tu jek yang baru beli. Tengok laaa dress putih and bunga merah ni. 2 dress ni memng macam baru lagi. Rasanya bunga merah tu baru pakai 2x jek.. 

seluar pun ado. ahaha.. Ok la ada 4 lai yang masih elok nih ibu cuma topup baju raya dalam 2 - 3 helai jek lagi.. 

baby ni aku lebih suka dia pakai baju simple jek and tak tebal or over. Biar la simple and selesa dia. Haha lagipun baby ni kejap jek boleh bergaya nak nak kalau musim raya. Lepas tengahari tu baju kemana semua kemana. Pakai pampers jek laaa sebab panas kan??

nah baju Nia 1 . hahaha sempena Padini buat sale aritu. Aku apa lagi membeli juga untuk Raaniya. Cantik kan?? masa offer aritu baju ni RM19.00 jek. Memang berbaloi shopping time sale di Padini. Tapi kene pergi awal laaa. Nanti ibu top up lg baju raya untuk Nia.

Mek Raaniya

Hmm yang bawah ni of course laaa Laana punya. Banyak gler tak campur semua lagi nih. Haish laa mek jangokss sorang tuh. 



Haha takpelaa orang lain sibuk travel sana sini, beli itu ini. Kami pakai yang mana ada and berjimat selagi boleh. Lagipun banyak benda nak dibuat tahun ni. Hal rumah belum selesai. Hal nak uruskan perbelanjaan anak ke-2. Kalau nak travel pun tunggu laaah paling tak pun Raniya dah umur 2 tahun iyeee??? Pening kepala mak nak melayan kerenah bebudak ni kalau nak berjalan dengan anak kecil yang masih belum faham apa-apa.

Terobek DIY gubahan hantaran belah lelaki

$
0
0
Masyaa Allah ! sorry sesangat kepada yang email aku pasal hantaran apa untuk belah lelaki dulu. Aku baru perasan email tu. Sebab jarang bukak email tu. Then yang selalu orang searching dari blog aku pun yang naik banyak adalah hantara barang lelaki. Kenapa?? Susah sangat nak pikir apa nak bagi kepada orang laki eh?? Hihihihi tak apa aku paham sebab aku pun pernah mengalami benda nih. Aku ingatkan dah up la entri pasal hantaran ni, rupanyaaaaaa sehabuk pun tarakkkk ! Maaf naa sekali lagi. Tak apaa untuk yang masih belum terlambaat nk membeli belah tu ni aku up entri untuk barang hantaran belah lelaki sekali dengan bonus gubahan yang kitorang pakai sempena hari perkahwinan aku dlu. Aku nikah tahun 2014. sO dah lebih 3 tahun jugak laa kan? 

Lagipun tak lama lagi dah nak smbut puasa dan raya kan??? Lepas puasa mestilah kita raya. Haa musim raya tu ramai laaa yang akan amik kesempatan cuti panjang tu untuk melangsungkan perkahwinan. Bagi yang nak refer tentang perkahwinan aku dlu, boleh lake list sebelah kanan. Ada folder bride to be session. All about persiapan, diy ada dekat situ. Boleh refer ye. Percuma jek. hik hik ! 

ok ni la rupa gubahan hantaran kepada pihak lelaki. Tema baju family aku masa bersanding adalah purple. sO memang mak aku pilih kaler purple untuk par pun. 

Par ni mak aku pinjam dari kawan dia dengan sewaan 1 par dalam RM30 shj. Kalau tak silap aku sebab dah lama weii. Entri ni sepatut dah basi. Tp since ada lagi dok email and bertanya sO aku cerita jugak laaaa. Riben tu semua mak aku yang ikat and gubah sendiri. Tak upah orang pun. Semua homemade. Riben tu boleh beli di SSF. Harga boleh tahan jugak mahai. Tapi nama dah homemade kan, so adalah penjimatan jugak di situ. Beli segelung teros. Aku suka hiasan ni. Aku bagi 10 bintang kepada mak aku haha sebab citarasa dia memang tak pernah mengecewakan aku.

Okayy tips yang aku boleh bagi sikit sempena korang yang nak mencari barang-barang untuk hantaran tu, aku cuma boleh pesan. Korang beli laaa barang yang korang pakai sahaja. Jangan beli mengarut sangat yang hanyaa sekadar untuk hiasan atas dulang par korang tuh. Membazir !!!! Kenapa beli barang yang kita tak pakai kan?? Contoh laaaa contoh paling senang. Ada yang bagi hantaran kasut tinggi. Adaaa dari pengalaman yang aku tengok laa. Kasut punya lawaaa. Memang lawa 5 star aku kasi ! Tinggi pun tinggi 4 inci jugak rasanya. Tapi dengan ketinggan cmtu rasanya kasut tu cuma boleh dibawa ke majlis tertentu sahaja. Nak shopping of course la tak selesa dengan tinggi melangit mcm tu. Jalan sikit dah sakit. sO harus bijak memilih barang ye. Duit korang bukan duit hakakkkk !

Okay tips pertama dah bagi tadi kan? Tips lain: 

1. Buat la list apa korang nak beli. Tetapkan berapa jumlah hantaran yang korang nak. Macam aku dulu 7 berbalas 9 dulang. Of course la 9 tu belah lelaki. Belah perempuan nih sikit jek 

2. Kira bajet yang korang bakal habis nanti. Tetapkan limit kalau boleh. Aku cuma tetapkan barang-barang yang aku nak beli tu tak melebihi RM3k. Overnye kalau barang smpai RM3K kan??? 

3. Tak nak susah berfikir apa yang bakal suami korang nak untuk barang hantaran atas dulang par??? Ermmm senang jeeewww. Aku beli barang pihak perempuan. Means apa yang aku nak laa. Then si dia beli barang-barang yang dia nak. Then masa hari nak menghias par tu, tukar jek ! Senang. Tak perlu pening kepala.

4. Kalau tak nak pening kepala habis beribu sekali beli. Cuba tips nih. Beli sikit-sikit barang tersebut setiap bulan. Hihihi tak terasa sangat duit yg macam air keluar tuh yeee. Contoh bulan lepas dah beli handbeg, bulan ni kasut, bulan depan ermmmm make up set / jam tangan ye?? 


Jadi apa yang barang-barang ats dulang par aku nanti nih, adalah apa yang aku pilih untuk diri aku dan apa yang dia pilih untuk barang-barang dia. Senang sesangat. sO tak ada isu dia suka ke tidak??? 

ni gubahan untuk letak cincin 

baju melayu dan sampin

tafsir Al-Quran dan sejadah

Jam G-Shock dan cermin mata Rayban

2 helai kemeja dan t-shirt POLO 

Tali pinggang dan wallet Levi's

Mangkuk coral tu mak aku tempah lasagna. Letak dalam tu. Kitorang tak bagi kek. Hihi saja mak buat lain dari yang lain

kasut . Kasut ni selesa kata dia laaa. smpai sekarang dia pakai elok lg. 
sO ini lah barang-barangnya:
1. Baju melayu dan sampin 
2. Tafsir dan sejadah 
3. Jam dan cermin mata 
4. Kasut 
5. Tali pinggang dan Wallet 
6. Cincin 
7. Lasagna
8. Buah-buahan
9. Kuih

Total barang-barang dia tu ada la lebih kurang tak melebihi RM3000

sesi gotong royong kerjakan barang gubahan hantaran. Jiran jiran yang tolong nih



ni pulak tempat letak gula-gula. Saja sediakan kalau ada yang nak kudap kudapan kan??? 
ni pulak gotong royong menyiapkan bunga telur. tema kaler riben tetap sama. Sama jugak gubahan dengan par. Riben tu mak aku jugak buat. Boleh refer entri DIY gubahan bunga telur



Okey dah siap semua. Hihi antara yang mak aku DIY sendiri semua masa hari perkahwinan aku tu. 
Hiasan Par
Hiasan bunga telur (50 bji jek) 
Bilik pengantin. Cadar beli di Akemi jek. 


Untuk belah perempuan aku lupa nak amik gambar gubahannya... Huhu tapi ada la sipi- sipi tuh pada gambar dengan kek tuh.


terobek gambar resepsi jap. Jangan marah. ok bai !

Bubur Nasi perasa ayam untuk Laana yang dah setahun ke atas. Cara mudah and simple !

$
0
0
Haha cerita lama tapi boleh jek nak up balik. Tak ada laa lama mana sangat pun. Sebab Laana start makan nasi bubur yang tak diblend lagi dah pun sejak umor dia 1 tahun 2 bulan kot cmtu. Tunggu dia ada gigi sebenarnya. Memang gigi dia lambat sikit tumbuh tapi dia cepat dapat kaki. Masa umor dia 10 bulan dia da boleh berjalan. Masa 1 tahun tu dia dah berlari sakan da laa. Haha badan kecik cenonet jek, tapi da pandai lari jalan rasa kelakar plak tengok. Bila da 1 tahun 1 2 bulan gitu baru la gigi dia mula tumbuh. Hihi lewat cikit tp tak pelaaa lambat la gigi dia rosak.

Bubur nasi antara menu kegemaran Laana jugak buat masa nih. Cumanya bila ada gigi ni lebih senang la keje-keje aku. Tak perlu nk blend bagai. Kalau dulu banyak la keje aku kan. Every 2 or 3 weeks aku siapkan stok ayam untuk dia makan. Oh untuk entri lama tu boleh refer link cara buat stok ayam . Hihi memang banyak keje-keje nak dibuat kalau buat stok ayam tu tapi biasala baby yang tak ada gigi lagi memang dorang susah nak gigit. sO telan jek. Bila ada gigi baru aku berani buat bubur nasi yang agak pejal bentuknya. Kalau pejal-pejal tu kenyang sikit perut dia.



Malam tadi aku masak lagi untuk Laana. Selalunya aku buat bubur ni macam seminggu 2x or sekali sebab dia jenis muak makanan sama. sO kalau aku buat bubur ni, aku akan buat untuk 2 hari mcm tu. Nanti boleh simpan dalam peti ais. Esok panaskan sahaja. Tapi jangan lah lebih 3 4 hari yeee. Bila tak perlu nak blend and siapkan stok ayam nih, dah tu aku pakai stok apa??? Haaa aku pakai stok ayam yang untuk baby. Senang jek bila korang beli online jek semua and sedia depan mata. Hahaha


Not bad laa. Asalkan ada rasa-rasaa and bau ayam tu kira okey laaa. Jangan guna stok ayam Knorr or Maggi pulak. Sebab stok ayam tu tak sesuai untuk bayi. Kalau untuk masakan kita-kita dewasa ni ok laaah. Tapi untuk baby better yang NO MSG ye. sO aku choose chicken powder ni. Memamg khas untuk baby food ye.

Okeylaaa nak tahu ke cara aku buat bubur nasi untuk Laana? Simple jek. Ni cara aku laa. Cara paling mudah kot. Hihi sebenarnya aku tanya pengasuh aku jek sebab aku tengok dia berselera betul Laana kalau makan rumah pengasuh dia dulu. sO aku tanya jek laa cara-cara dia. Alahai simple sangat cumanya pengasuh Laana dulu dia pakai ayam yang dipotong dadu. Letak dalam bubur tu skali. Tapi untuk aku yang ada masa malas nak beli ayam ada masa stock ayam rumah ada. kadang leceh jgk ayam ni nak kene simpan, nak basuh cuci. Kalau aku masukkan ayam tu pun Laana bukan makan. Dia buang. sO sekadar nak ada rasa ayam dari air ayam tu jek.

Oh kalau kene ayam dadu untuk style pengasuh aku tuh. aku cuma potong kecik-kecik. Beli ayam yang bahagian tak ada tulang tu. Then potong kecik-kecik. Lepas tu masukkan dalam bekas dadih. isi 5 6 ketul 1 bekas. Simpan kat freezer. Bila nak pakai esok pagi2, just bawak turun mlm sebelum tu utk tak hilangkan beku dia. Simple ! Tapi tu kalau kat rumah aku laa. Bila balik berpantang rumah mak, peti dia pun dah penuh makanan, Peti tingkat atas penuh EBM Raaniya. sO aku pun amik initiatives chicken powder ni laa.

Bahan-Bahan:


1. Olive oil (Wajib!)
2. Serai
3. Bawang putih
4. Beras (selalu aku beli yang untuk baby siap. Untuk bubur baby)
5. Chicken powder
6. Sedikit garam
7.  Air

Cara-cara:

1. Tumis serai dan bawang putih sampai naik bau. Serai and bawang putih aku cuma ketuk jek. Nak bau dia. Tumis pakai minyak olive oil untuk baby

2. Bila dah ada bau, Masukkan beras yang dah dibasuh dengan air sekali. Nak buat bubur air kene banyak la ye

3. Then kacau2 sikit boleh tinggal laa dalam 25-30 minit. Api sederhana jeww

tengok paras air. Bergantung kepada byk mana korang nak bubur tu menjadik ye

4. Bila dah nampak menggelegak sikit aku masukkan jek stok ayam yang aku beli tu. Letak banyak kalau buat bubur tu banyak ye. Ikut acuan masing-masing. Nanti letak sikit tak rasa pulak ayam dia.



5. Kemudian aku tinggalkan lagi smpai dia nampak nak masak. Aku buat kurang air supaya masuk perut dia tu lebih kenyang. Kalau ada buat lembik and nampak berair sikit just proceed with it.

6. Dah nampak nak masak, kacau jek and tunggu situ. Jangan tinggalkan pulak. Nanti terus kering and hangit pulakk

7. Bila nampak dah masak. Tutup api then tabur sedikit garam. Aku letak garam tp tak banyak untuk bagi rasa pada Laana. Kalau tidak memang tawar langsung. Dia pn tahu tak nak makan.


ok siap dihidang ! Haa nampak tak dia pejal sikit. Tak terlalu lembik and berkuah. 

Ready to eat ! Ni gmbr malam tadi lepas aku masak tu dia tunggu nak ngap!

Ok bangun pagi tadi pun dia nak ngap lagi. Aku cuma panaskan shj. Hihihi sO ckup la harini Laana makan bubur nasi perasa ayam. 
Pagi tadi dia bedal bubur nasi semangkuk, minum air masak segelas lepas tu mintak susu pulak. Wah berselera dia harini. Aku buatkan susu dia 8oz. Habis ! Hurmm menu esok apa pulak ye ??? Adoi pening nak memikir . Tapi antara menu feveret dia

1. Mushroom soup cicah garlic bread
2. Nasi ayam + kuah sup
3. Nasi goreng yang pedas2



Progress RUmah 100% : Rumah dah siap akhirnya yeay !!!!

$
0
0
Lamanye blog terbengkalai. Al-maklumlahhh banyak bebenor aktiviti sekarang smpai tak ada masa nk update new stories okayyy. Cerita banyak ajooo tapi memang masa untuk menaip tu memang sukar betul lah ! Ini curi-curi masa sikit sementara nak rehatkan minda satttt. Oh ok sebenarnya nak bagitahu rumah i ollss yang lama benau i olls tunggu kunci tu dah dapat !!! Bulan lepas lagi dah dapatnye, seee hari ni baru dapat menulis okeyy. Kalau yang dah penah follow cerita aku pasal rumah ni of course tahu betapa lamanye aku menunggu kunci rumah ni ha. Akhirnya siap juga setelah 8 bulan menanti. Fuh  !!!  

rumahku syurgaku. Siap ada pokok 
sume orang tahu rupe kunci macam mn kn??? 

muka bahagia bila da dapat kunci beb ! 

Lega nye bila da dapat kunci ni. Selesai 1 hal. Aku ada dapat pampasan kelewatan rumah tu. Tapi terpaksa rahsiakan amountnye tapi boleh laa nak tambah apa yang patut sikit-sikit untuk rumah ni haaa. Alhamdulillah. ^_^ 

sO bila rumah dah siap ni perkara pertama yang kene buat adalah check defect. Apa-apa kerosakan yang berlaku kita catit and report pada developer. Masa kita check defect tu nanti ada orang developer tu akan ikut sekali. Untuk hal defec tu aku serahkan kepada husband aku sebab dia lebih pakar dan cerewet. Malas plak aku nak ke sana dengan 2 baby oi ! Kecah habis kat sana. sO aku kat sini tolong uruskan apa yang patut jek laaa. 

so NEXT activity lepas dapat kunci tu  apa lagi? Haruslah aktiviti shoppping !! SHopping barang rumah ye bukan shopping barang-barang sendiri ni ye. Aku dah memang list kan senarai barang yang nak dibeli / plan nk buat untuk rumah

1. Table top
2. Kabinet kitchen
3. Grill
4. Motor pagar
5. CCTV
6. Cat
7. Wallpaper
8. Sinki 
9. Hood + dapur
10.Net Nyamuk
11. Lori pindah rumah
12. Servis aircond
13. wiring
14. housewarming
15. Almari baju
16. Lampu
17. Kipas


Banyak kan?? Haish nak pitam dah ni ! Banyak nye belanja nak dikeluarkan ... 

Cari sinki jek ponnnn !

$
0
0
Entry lepas ni mula laa dengan persiapan membeli barang-barang untuk rumah baru. Aku harap u olls tak lah bosan / meluat membaca. Hahaha sebab kenkadang blog ni tempat aku refer benda-benda lama yang aku rasa aku sendiri pun tak ingat macam mana sesuatu benda tu terjadi. Tak caye? Aku rasa korang pun mesti rasa benda yang sama. Tetiba benda kita penah post before sangat-sangat berguna untuk masa akan datang or sebagai rujukan. sO saja aku park sini as on of my journey dalam menyiapkan rumah baru tu nanti. yedak ??? 



Oh baru-baru ni aku ada usha sinki. Dah tetiba nak buat kitchen kabinet (KC) dan table top ni (tak da dalam planning pun asalnye). sO kenalah mencari sinki kan?? Kalau tak boleh jek la pakai sinki lama tu. Tapi sebab ada duit lebih tu, we all decide nak buat table top dan KC. Aku ingatkan nak cari sinki ni senang. Sekali haaa baru sinki jek oi ! Masa mula-mula kitorang mencari tu banyak pulakkk nengok jenis sinki. Ada brand dari China ada Jerman, Italy an so On. sO sebab nak tahan lama (kononnye) we all decide nak yang ok sikit laaa. Bila nak yang ok tu ada bajet pulakkkk. Ceyyy kemain ko kan?? Nak bawah RM500 tapi nak yang ada brand. Sekali pergi kedai sinki sekali harga AMBOI ! Mostly RM800 - RM1500 ?????? Tekejut dibuatnya. Acaner nak sinki okey nih ha???

selalunya aku akan roger pakar hiasan dalaman aku la iaitu my MOM ! Bila call dia, haruslah dia suruh balik Kuantan cari dengan dia kan?? Aku ni refuse la cadangan dia. sebab aku rasa KL ni lagi banyak jenis. sO kenapa nak cari di Kuantan?? sO aku pun teruskan pencarian ke kedai seterusnya. Boleh dikatakan hampir 10 kedai jugak we all survey. Untuk mencari sinki ni, you all kene tahu pattern apa yang jadik idaman you all. Macam aku memang nak 2 sinki + ada pelapik sebelahnya. Pelapik tu boleh la kita potong ayam, siang ikan and so on atas tu. Jadi tak lah air meleleh2 tepi table top tu ye? Ikut lah pattern mana yang you all suka kan? Ada orang suka 1 sinki jek ye dak??? 

Dah tahu apa jenis sinki kita nak? sO boleh la mulakan pencarian semula. Tapi mostly aku pergi ke kedai sinki ni tak jual pulak da pattern yang aku nak ni ha. Ada la beberapa kedai and aku pun cuba la tanya brand macam mak aku guna kat rumah dia. TEKA. Sekali tengok harga macam nak tersedak pun da. RM1380 ?? Mak ai lari bajet betul nih. Dah nak sama mahal dengan hood + dapur pulak dah. Pergi kedai lain pun sama dah memang itu harganya and dalam harga dalam katalog pun sama. Bila tanya brand lain pulak katanya dah tak keluarkan sinki mcam tu dah. 





ni la yang macam mak aku pakai. Brand TEKA. bagus tapi MAHAI !!

katalog TEKA. See the prices ?? 

sO aku pun hold la survey sinki nih sebab macam frust la pulak. Kebetulan balik kuantan, mak aku ajak pergi kedai dia buat kabinet dapur. Masa we all pergi tu, kedai tu ada buat sale sempena MERDEKA. Belek sinki macam semua 2 sinki jek. Susah betul nak cari yang macam berkenan kat hati tu kan??? Bila tokey tanya pattern apa nak, tetiba dia keluarkan yang RUBINE sebijik pattern yang aku nak tu laaa. Dia cakap tinggal 1 ni jek last and lepas ni RUBINE tak akan keluarkan lagi pattern mcam ni sebab pattern ni pattern lama. sO kilang-kilang tak akan keluarkan macam ni lagi. Alahai dah kenapa ?? Bukan ok ke kan?? Ya ALLAH syukur sangat dapat jugak jumpa sinki yang aku nak tu kan??


HARGA???? 

haaa cer teka? hihi dah kata tengah sale kan?? sO mak aku cubalah tanya berapa harga dia. 

" tokey berapa harga sinki?" 
"Ini sinki RM880. Brand RUBINE. Elok maaa"

Aku dah ermmmm RM800 lebih tu?? Huhu sabar... sabar tengah sale. kan RM800 sebelum sale. Aku biarkan jek mak aku bercakap dengan tokey tuh. 

"Tak ada Less ka?" mak aku tanya
"Mesti ada.. Sekarang tengah sale ma"
"Haa berapa you bagi ni??" Mak aku dah pandang aku. AKu pulak dalam hati. Haish kalau dapat kurang jadi RM600 pn redha jek la amik jugak walaupun bajet xnak lebih RM500 nih. Tapi mostly sinki yang elok-elok memang tak akan dapat harga bawah RM500. Brand biasa-biasa ada. Terpulang pada pemilihan masing-masing

"you mau berapa ?" eh eh tokey ni siap tanya mak aku balik. Nerves jek kan dok nunggu harga. 
"RM600 bole ke?" 
"Aiyaaa apa mau mahal? Saya bole bagi lagi murah maa"
"Berapa?"

Aku of course berdebar gak ni macam tunggu result SPM plak kan?? 
"RM480 i kasi you"
terbeliak gak mata aku. Mak aku terus pandang aku. Dia tak tunggu permission aku dah.
"Haaa okey okey boleh angkat la. Anak saya mau" mak aku terus jawab kan??
"haa Okey.. ini last tinggal. No stock lagi. Lepas ni Rubine tak keluar pattern ini macam lagi" 


Akhirnya dapat sinki yang diidam. Hihhihi.. 

sO dapatlah aku sinki yang aku idamkan dengan harga RM480 ni ye ^_^ Kualiti tip top. Besi elok. Brand pun baguih .


Ni sinki rumah mak. Seee yang pelapik kiri tu boleh la kita siang ikan ke, potong buah ke apa ke yang patut kan?? 

Laana melaram dengan baju LUQAZ DESIGN

$
0
0
gmbr dengan mulut asyik berputing jek. Tapi sekarang dah berjaya wean off. Nanti kita cite part wean off tu ye Ni la baju yang Laana dapat hadiah tu. 

Dah lama sebenarnya nak update pasal kisah Laana nih tapi belum berkesempatan. Harap entry ni tak basi la sebab raya setiap tahun pun ada. sO next raya u olls boleh lah plan untuk menempah dengan Luqaz Design ni ye ? Baju-baju yang dijahit sangat berkualiti dan cantik. Memang ngam dengan badan Laana yang cenonet jek tuh. Al-kisahnya owner Luqaz Design (LD) ni ada buat contest, so aku sekadar mencuba nasib hantor la jugak gambar si Laana. Masa mula2 tu saja join suka-suka. Kalau dapat alhamdulillah. Design baju sgt cantik u Olls. sO bila masuk penyertaan tu, tibalah masa part pemenang di umum okayy. Tapi memula tu Sis Lieza ni umumkan 20 yang short listed dlu tauuu..


jeng jeng jeng 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Masa tu aku dah tido pun. Tetiba si kecik bangun nak susu. Aku pn bangun and sambil tu scroll fb. Scroll perlahan-lahan sekali. dang ! He he berdebar nengok . Eh ada Laana short listed la !!!!


tu dia ! Ada gmbr cek mek molek ni ha. Gambar ni la aku bg untuk contest tuh. Tak sangka gambar ni bawa tuah. 


 Part pengumuman ni memang nervous jugak laa. Hihi skroll comment smpai bawah. Eh eh baca 2 3x macam tak percaya. Nama Laana keluar. Alhamdulillah. TQ sis Lieza





See ada nama NIK LAANA AZZAHRAA'. Hihi.. so lepas menang tu, boleh pilih nak kain corak apa. Selesai proses memilih. Just tunggu la baju siap. Hihihi seronok dengan sis Lieza sebab walaupun baju ni ikot ukuran dia dah tp kita still leh kautim. Mcm Laana ni agak pendek kecik so mcm ikut ukuran dia la. HASILnya????

taraaaaaaaaaaaaaaaaa !!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















Cantik kan jahitan? Kemas and rasa macam ngam2 dengan dia. sO u Olls yang nak tempah baju / nak buat tempahan boleh la ke facebook sis Lieza ni ye.

FB : Lieza Che Ismail


Oh sekarang ni kalau visit fb sis Lieza ni ada tambahan koleksi baru. Cantik jugak skirt and baju macam tu hihi..





MAMA DONT WORRY - pelebat rambut bayi dan orang dewasa

$
0
0
Rambut baby korang nipis dan lambat panjang?? Nipis means nipis and bila nak ikat pun alahai tak berbaloi rasa. sO dah cuba macam-macam produk macam tak berkesan. Lepas tu, most produk plak TIDAK sesuai untuk bayi and kanak-kanak kan??? Hurmmmm acaner tuh? Hihiihhi anak saya pun memula rambutnya lambat panjang. Then nipis pulak tuh. Kalau nak ikat kene tarik kuat-kuat sampai dia cakap "shakittt.... shakittt" haha terik kulit kepalanya tuh. sO memula saya ignore jek. Budak2 kan? Tapi lama-lama macam hurmmm best plak tengok anak orang lain yang lebat dan panjang-panjang. Ada yang semulajadi panjang tu alhamdulillah lah kan? Tapi yang tak berapa nak lebat ni kita nak juga usaha. sO kenalan i olls tiba-tiba kenalkan produk pelebat rambut ni.Tengok packaging macam nice and exclusive sangat. Botol pun menarik. 






Cantik kan packaging dia. Hihi.. 

Antara special nya Minyak MDW ni

Kesan seawal 7 hari
Diperbuat daripada bahan organik
Sesuai untuk bayi seawal 30 hari
Untuk dewasa pun boleyyyyy
Mengurangkan keguguran rambut
Berbau HARUM 
Harga yang berpatutan sebab 1 botol ni buleh pakai sehingga 2 bulan jugak tau. 

Cara pemakainan: 

Kalau untuk bayi dan kanak disarankan : setiap kali selepas mandi/ setiap malam selepas mandi. Sapu dan urut kulit kepala. sO minyak akan beroperasi sewaktu tidur. Bau sangat harum tau. So berbaloi sangat. 







Untuk testimoni dan info lebih lanjut korang boleh ke page Rambut bayi lebat dan cantik.coms.
Atau pm saya pn boleyyyyy ^_^



Dah Duduk rumah baru 4 bulan dah ni ....

$
0
0
Oke dah 4 bulan duduk baru ada masa ye nak menggedik update entri baru pasal rumah. Lepas dapat kunci terus senyappp jek kan ?? haha actually bila da dapat kunci byk aktiviti yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak seriously sampai tak terfikir benda lain. Nak buka blog pun susah. Sekarang ni nak start aktif balik laaa. Rindu zaman blogging. Nak share experience and memori. Bila baca balik syokkkkkkk ui ! Bukan senang nak senang. Ceeewaahh ! Okey laa last sekali aritu aku cuma update pasal persiapan apa yang dah dibeli kan?? sO selepas duduk tak pernah share ye dak? Rumah kecik pun busy nak siapkan, lagi kan orang yang ada rumah besar kan? Ongkos kami tak banyak so buat apa yang patut. Kalau nak ingat balik apa barang kami list sebelum ni sebelum masuk rumah bole back to entri progress rumah 80% . 

Senarai untuk rujukan korang yang survey harga-harga barang rumah kan? 
1. Table top - RM2,600.00 
2. Kabinet kitchen - RM4,300.00
3. Grill = Awning dapur - RM3,500.00 -
4. Motor pagar - RM1,600.00
5. CCTV
6. Cat- RM280.00
7. Wallpaper- RM500.00 (2 bilik)
8. Sinki - RM480.00 (Rubine)
9. Hood + dapur - RM1,600.00 (Rubine)
10.Net Nyamuk 
11. Lori pindah rumah - RM500
12. Servis aircond - RM400 (buka, bawa and pasang sekali)
13. wiring - RM1,500.00
14. housewarming 
15. Almari baju - RM4,000.00
16. Lampu LED 1 rumah (10 batang) - RM238.00
17. Kipas siling 3 bilah KDK - RM790.00
18. Lampu Hiasan 2 biji sekali mentol LED - RM250.00
19. Langsir - RM1,200.00
20. Kipas Siling 2 biji Panasonic 18' - RM440.00
21. Polycarbonate - RM200 (beli barang saja.Pasang sendiri)
22. Rak untuk letak barang (jadi stor) - RM250
23. Naik batu dan grill (tambahan ruang dapur belakang) - RM4,500.00
24. Naik batu dinding ke dapur - RM1,300.00
Total: RM28,528.00

Untuk yang aku potong tu bermakna masih belum buat lagi la sebab bajet da habis hehehe (cuma housewarming tu ada buat kecil2 sempena raya)... oK la jom aku bawa jalan-jalan dalam rumah pulak. Tapi belum sepenuhnya hias la. Biasala baru pindah ni kan macam-macam nak dikemasnya. Barang dalam kotak la, almari, baju semua kene susun and amik masa. Lag-lagi dengan 2 anak kecik nih memang mencabar sikit. Rumah kecil jek. Tak besar pun. sO jangan expect more ehhe... 

ruang tamu jenis memanjang. Jadi aku bahagikan kepada 3 part. Ruang tamu, Ruang TV santai dan ruang makan. 

OK ruang keseluruhan dari sini pulak. Memang straight to the point !

budak ni selalu menyelit ibu nk amik gmbar. 

favourite port. Heheee Classy tapi aku suka. Memang suka warna-warna warm.. earth... gold. brown cmni. Ada orang tak suka suram katanya

No perabot lagi dah. Ckup da perabot yang ada dalam rumah ni. Wing chair ni mak aku bagi hadiah kawin 4 tahun lepas dari Fella. Memang tahan and macam baru beli

sofa beli kt SSF sempena bithday dapat la less 50%. Tak silap RM800 jek kot lepas sale

ni da lama ni. Legend sangat. Kalau kotor bole basuh. Ta de hal ! Kerusi fella memang tahan lama. Dah 4 tahun nak masuk 5 tahun dah pakai. Saja beli yg ni utk create suasana English style. Tapi English style yang tak modern sangat tak classy sgt. sedang2 asalkan sedap mata memandang

ni dining hall aku. Simple ! Sebab tak suka sarat sangat kt sini. Karpet buat masa ni tak nak pasang lagi sebab tak rajin nak menyapu. Sapu lantai lebih senang. Tak tahu next next year ke akan datang nk tambah karpet warna gold lembut.  Meja makan beli di SSF juga. Masa birthday jugakk. so dapat murah. 

RUmah sentiasa kemas tu tak juga. Sebab anak2 akan main dekat dpn tv shj. Jarang sangat main kt ruang tamu. sO lepas main pun kene kemas sendiri mainan. 


Ni ruang dapur. Kecik jugak. 


Klw perasan memang aku amik kabinet yang bertutup. Mostly ramai biarkan terbuka kan? Tapi saja amik yang tetutup supaya lipas tak merayap di pinggan2. 

belakang tu kita sambung sikit. Naikkan batu dan grill. 

Grill pulak tambah polikarbonat board. Nak elak ular and monyet masuk. Belakang tu ada hutan sikit



Ok itu sahaja. Rumah kecil jek. NExt time bawa dalam bilik sebab tak sempat ambil gambar lagi. 

Nak buat Kabinet Kitchen ?

$
0
0
Sebab ramai minta sharing pasal kitchen cabinet (KC) masa dalam proses nak siapkan rumah, maka aku pun terdetik hati nak buat entri pasal KC nih. Dalam perancangan awal memang bajet untuk KC ni tak pernah wujud pn. Tak survey pun memang tahu nak buat KC ni memang costly la jugak. Banyak pakai duit. Lagi-lagi kalau design yang cantik. Aku pulak berkenan yang 3G. Look glassy and glossy sikit. Gedik kan? Nak yang mahai terus. Sebab bukan selalu buat KC pun. 15 tahun pun belum tentu tukar. sO al kisahnye bila sedebuk dapat duit penalti dari developer (agak bersyukur jugak dengan amaun diterima), maka terwujudlah KC yang pada mulanya angan-angan mat jenin shj.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
V
V

Taraaa ni la dapur idaman kononye tuh. 







Ok la da tunjuk gambar full tu tapi aku tetap akan cerita tips yang boleh guna jugak untuk korang. Especially yang baru nak masuk rumah tapi duit dah mula nak kering. Haa itu la yang kitorang hadapi. Tapi kebetulan pulak masa nak kering tu la developer tiba-tiba cakap nak bagi pampasan / penalti dari kita kepada dia la. Bila duit ada dalam tangan, so langkah pertama yang we all buat adalah rujuk majalah, google, apa sahaja material untuk contoh-contoh KC yang menarik. Survey dlu nak kaler apa. Jangan tersalah pilih warna sebab nak tukar baru tu agak mahal jugak ye. Lama aku survey. Lebih kurang 1-2 bulan. Tapi sebenarnya awal-awal ada juga godek google tengok contoh KC. Tapi tak adalah sampai simpan dalam hati hehehehee tapi bila ada duit ni semangat tu lain macam pulak. Aku cuba join dekat FB yang berkaitan dekorasi rumah. Dekat situ info sangat bagus dan banyak. Boleh tanya direct pengalaman dari tuan rumah yang sudi share pasal kos, tips, gambar, dan etc.

Dah dekat 2 bulan survey tu, aku dah mula tahu nak konsep dan warna apa. Of course la putih. Hehehhe.. Dalam angan-angan sebelum ni memang nak table top kaler putih. Satunye sebab nak bagi dapur nampak cerah, terang dan bersih.  Tak minat sangat warna gelap. Mungkin sebab aku xsuka rumah nampak gelap. Sebab kalau siang hari, rasa macam gelap, aku buka je lampu. ^_^ . Bila kita da tahu nak colour apa, konsep apa so kita cuba la survey harga (seelok-eloknya dapatkanlah 3 > kontraktor). Part ni husband aku rajin survey.

Cara survey senang je. Korang pergi melawat rumah kawan-kawan korang yang baru naik rumah dan siap KC nye. sO kebetulan musim kengkawan pun sama-sama naik rumah. Makanye kami merajinkan diri menziarah dan tya KC and kos. Dalam ramai-ramai ktorang dapat termasuk survey ke kedai KC sendiri, so dapatlah jumpa kontraktor mana yang dipilih untuk naikkan KC rumah. so far aku sendiri pun puas hati dengan hasil kerja beliau. Agak murah dan kene dengan bajet kami. Masa ni kita dah boleh set harga dan bajet kita. Aku set bajet aritu untuk KC table top + kitchen cabinet full atas bawah 8' X 6' xsmpai pun RM7,000.00 (ini dah siap survey kos dan quality. Paling rendah kos dan berkualiti)

Murah dan berkualiti. Tapi kene bersabarlah untuk bagi yang boleh bersabar ye. Sebab aku and husband tak rushing sangat pn. Kita bagi masa untuk masuk betul-betul rumah dalam bulan 4. Ada 4 bulan dari tarikh tu untuk siapkan apa yang patut. Kalau rasa tak boleh sabar dan nak cepat, memang aku tak suggest amik dengan kontraktor nih. Selalunye lambat ni sebab nak jaga kualiti la kan? Think positive guys !


Dapur ni tak besar mana pun. sekangkang kera sahaja. Mungkin sebab tu juga tak adalah mahal sangat kos KC ktorang.
 8'X6' shj 



Proses naikkan batu ni pun dia cakap dia tinggalkan dalam 2 minggu sbab nak bagi betul-betul kering. Sinki tu kalau sesiapa cari sinki boleh refer entri lama pasal CARI SINKI JE PON ! Sinki pun aku survey banyak jenis kedai. Boleh kata lebih 5 6 kedai. sO dapatla harga yang berbaloi. 







berkecah rumah 


cantik dan kemas tak ? hehe ni la table top nye. Warna putih. Memang kemas dan teliti sangat hasil kerja dia. Table top sahaja aritu lebih kurang RM2,800
then barulah pasang kabinet. Kabinet ni orang lain tapi sekali la kira geng dia jugak. sO dia pakar dalam buat table top. Kawannya pakar kabinet. Gitteww. !! 

Tambahan yang aku buat, selalu dekat rak pinggan ada yang tak letak penutup kan? sO aku lebih suka ditutup sebab semua pinggan yang dipakai harian akan disimpan dalam bekas tu. Lipas dan cicak tak akan masukkan




Okay kos untuk keseluruhan dapur sahaja:

1. Table top - RM2,800
2. KC - RM4000
3. Sinki Rubine - RM480
4. hos dan dapur Rubine - RM1,600
5. Paip Rubine - RM200

Semua RM 9,080.00 

Boleh la jadikan rujukan bagi yang tengah survey untuk rumah. Lain-lain penambahan pada rumah aku akan cerita entri lain pulak ye di masa dan hari yang lain. Dah tepu harini kerah tenaga untuk entri nih. Hehehhehee rumah kecik dapur pun kecik jek. 

Jom hilangkan stress di FARM IN THE CITY @ Seri Kembangan

$
0
0
Alhamdulillah diberi peluang menikmati Quality time bersama keluarga kecilku pada hari minggu, Ahad lepas. Alahai mcm lah tak de masa dengan keluarga pulak sebelum sebelum ni. Eh No... sebelum ni mungkin banyak lepak dekat rumah. Tak tahu nak ke mana. sO minggu lepas we all sekeluarga meluangkan masa di FARM IN THE CITY, Seri Kembangan. Tak lah jauh sangat pun dari rumah aku. Sehari sebelum tu mcm tak sihat, 1 keluarga tak sihat. Jadinye bila datang sini boleh hilang stress. Tengok dan main dengan binatang comel-comel ni hilang terus rasa stress / serabut. Heeheee so sesiapa yang rasa diri tu stress lately bole lah datang berkunjung ke sini. Syokkkkk gilerrrrr !! 

Pagi2 tu we all da bangun siap untuk ke sana. Ceyyy memang dah plan awal ni nak ke sini. Pernah survey survey dalam media sosial, facebook and instagram dia. Memang menarik and berbeza sikit dengan tempat lain. Jam 8.00 pagi bangun-bangun tu, 2 ketul ni memang dah bangun jugak. Mandikan, basuh baju and jemur sat. Makan pagi en husband belikan nasi lemak. Makan dekat  rumah selesa sikit. Lepas semua siap, ktorang pun bertolak dalam jam 11.00 pagi. 


Latar belakang FARM IN THE CITY (FITC)
Ok sebenarnya FITC ni merupakan 'petting zoo' terkenal di negara Malaysia dan merupakan zoo yang dimana kita ni dekat sangat sangat dengan haiwan tu semua. Kita bole bagi makan (dipantau oleh renjer KFC), pegang dan bergambar bersama. Kalau zoo lain selalunya haiwan di dalam sangkar masing-masing kan? Tapi tidak di FITC. Yang ada anak kecil haruslah seronok kan? Anak anak memang excited tengok haiwan. Lagi lagi yang berbulu ni kan memang dorang suka sangat. 


Tercatat dalam Malaysia Books Of Record 
Lebih menarik tentang FITC yang rasanya tak rugi la kalau you all ke sini, FITC adalah petting zoo yang mempunyai spesis haiwan terbanyak di Malysia. Sebab tu dicatat dalam Malaysia Books Of Record. 

Lokasi FITC ? 
FITC ni terletak di Seri Kembangan, Selangor. Dekat jugak laah dengan Pasar Borong Seri Kembangan yang famous tu. Kalau tak tahu jugak, boleh la guna aplikasi Waze / google map. Waktu operasi FITC adalah pada 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Weekdays/ Weekends / Public/ School holiday sama je waktu dia beroperasi. 

Harga Tiket ?
Normal Price: 
Dewasa: RM55.00
Kanak-kanak / Warga Emas : RM45.00

Diskaun Mykad:
Dewasa: RM37.00
Kanak-kanak / Warga Emas: RM30.00

**Bagi Kanak-kanak dengan ketinggian dibawah 90cm, masuk adalah percuma ye. Harga di atas kalau ikutkan dah tersangat berbaloi. 



Dah jom layan aktiviti kami di FARM IN THE CITY nih 

First point ada Kura Kura. Kita boleh bagi makan pada kura kura tu. Banyak jugak dia makan. Kunyah selagi kita sua sayur sayuran 

Dalam tu ada kura kura dinosour. hehehehe Kalau nampak laaa. 
Makan je keje ye kura kura ni





Ya Allah tengok environment dia. Cantik sangat kaN? Nanti korang tengok byk lagi gambar persekitarn dia.




Tau tak binatang ni paling cute !!!!!! Geram gilerrrrr..
comel bila dia buat muka blur bila kita tengah bercakap. ditengok muka kita silih berganti dgn orang kita bercakap tu.
Nk tau ni lah Alpacas. Sangat comel dan bulu dia masyaa Allah lembut wei.


















































Mcm mn? Best tak tengok gambar ni ? Ini baru gambar. Apa yang menarik bagi kami sekeluarga adalah, tempat dia yang tidak lah terlalu jauh untuk berjalan. Mengah jugak nak berjalan jauh, boleh tengok binatang lebih dekat. Lupa terus dunia kt luar sekejap. Hari tu kami berada kat dalam pun lebih kuran 11.30 pagi sehingga 3 petang. Hehehe 

Ajar Laana Potty Train 6 hari sahaja

$
0
0
Untuk kali ni nak cerita pasal Laana yang dah tak pakai pampers lagi. Bukan tak pakai langsung. Sebenarnya tak konfiden nak lepaskan semua. sO masa tidur tu, we all pakaikan lagi. Tunggu la umurnye dah 3 tahun baru nak ajar. Tu pun nak cari cadar kalis air tu. Kalau tidak jenuh pepagi nak basuh air kencing jek kan kt tilam.

Ok aku mengambil keputusan untuk cuba ajar dia beritahu kalau nak buang air kecil / air besar masa usia dia 2 tahun 4 bulan. Sekarang Umor dia dah 3 tahun ye, so cerita ni 6 bulan lepas punya. Bertabahlah nak menaip ye ibu. Lambat tak apa, at least boleh jadikan panduan dan tips ibu ibu yang lain. Sebenarnya bila kita start potty train anak-anak ni, banyak benefit yang kita dapat. Antaranya tak lain pampers mestilah jimat sangat-sangat. Gila tak jimat ! Harga pampers sekarang boleh tahan. Aku selalu beli drypers (Agak tebal dan ekonomi) so dekat kedai borong RM30.90 jek X dengan 3 pek tu so dekat RM100 jugak kan? Belum adik lagi. Adik pun 3 jugak. sO sebulan aku akan spent untuk pampers shj RM200 yee (6 pek).



Sebelum ni banyak pampers kene beli. Laana 3 pek, adik pun 3pek. Sekarang setiap bulan Laana hanya 1 pek, adik of course 3pek jugak. 1 letak taska.

Ni gambar masa mula-mula nak ajar dia potty train. Nmpak tinggi tp tak pun. Hehehe effect gmbar kot. 



Ok so Laana ambik masa selama 5 hari juga untuk betul-betul free dari pampers. Tips untuk potty train anak ? Hehehe Tips dia kene GARANG jek. Ehehe tapi mula-mula tu jangan lah tegas sangat mommy. Pada mulanya nak start potty train Laana masa umur dia 2 tahun, tapi tengok dia mcm tak bersedia jek. Aku pun macam tak berapa nak serious. Ok laa last-last jadi malas nak fikir. Sampai 1 tahap tu mcm eh tak boleh ! Kene jugak train. Maka aku pun pilih 1 minggu tu utk cuba train dia. Tak ambil hari cuti pun. Asal bersedia sahaja. Ibu-ibu pn boleh cuba. Tapi seelok-eloknya boleh mula pada hari Isnin.



HARI PERTAMA (ISNIN) 

Anak-anak memang tinggal dalam taska opis shj. Jadi, masa mereka memang banyak dengan aku. Berborak, berbual, menyanyi sama-sama. Ada juga aku sentuh bab bang air besar/kecil ni. Jadi dia paham cmtu jek laaa. Maka 1 hari ni, memang hari isnin la, aku nekad nak cuba juga potty train dia. Apa aku buat, sampai sahaja rumah, anak-anak akan main di luar rumah bersama kawan-kawan yang lain. Tiba di rumah dalam 6.00 petang, dan mereka main sehingga 7 petang slalunye. Bila dah magrib tu masing-masing akan masuk ke rumah untuk mandi.

Lepas mandi tu, aku ambil keputusan untuk tidak memakaikan dia pampers. Mula- mula dia pelik, tapi aku beritahu kakak da besar. Tak perlu pampers. Kalau nak ke tandas, bagitahu sahaja. Perlu kencing / berak dalam toilet. sO aku cuba potty train dia untuk hari pertama dari jam 7.00 malam sehingga 9.00 malam sahaja.

Ok hari pertama, biasalaaahh mesti lenjun la. Memang dia akan cakap, tak perasan nak kencing. sO hari pertama dia terkucil di depan pintu rumah. Mujur atas simen, bukan karpet. Maka lap dan mop jugak laa aku. Aku pesan pada dia, lain kali jangan kencing di sini. Ibu da pesan kencing dalam TOILET. Hari pertama kan? Tak boleh marah. Kita kan nak mengajar.

HARI KEDUA (SELASA) 

Aku ambil keputusan untuk nekadkan hati ulang perkara yang sama selepas mandi tidak mengenakan pampers. Tiga hari pertama ni memang nak train dia untuk 7 mlm sehingga 9 mlm shj. 2 jam sahaja la kan? sO hari kedua ni aku cuba tanya dia sekerap mungkin. 10 minit sekali tanya. Nak g toilet? dia cakap tak. so memang tanya dan tanya dan tanyaaaaa hari kedua memang terkucil lagi laaaa. Kali ni dia tengah main2 terkucil ye. Kali ni aku mula naik suara sikit. Aku tya kenapa tak pergi toilet utk buang air kecil ? Dia diam dan menangis jek laaa. Aku mop lagi mcm biasa sambil bebel-bebel.


HARI KETIGA (RABU)

Still dengan konsep 2jam untuk potty train Laana. Kali ni sebelum keluar dari toilet selepas mandi, aku make sure dia buang air kecil dahulu. Yes she did it ! sO lepas mandi tu pakaikan baju macam biasa. Dia main-main dan mintak untuk minum susu. Aku perhati sahaja sambil bertanyakan nak ke toilet ? Dia cuma geleng kepala. Akhirnye sampai waktu 2 jam tu, aku pakaikan dia pampers. Dia tidak ke tandas langsung / buang air kecil. sO utk 2 jam pertama hari itu selamat laa. So aku dapat rentak sikit, Sebelum keluar dari mandi tu, pastikan dia buang air kecil dahulu. Baru keluar toilet. Orang panggil da lawas la kn?

HARI KEEMPAT (KHAMIS)

Hari ni aku cuba up kan jam untuk potty train dari 7 malam ke 10.00 malam. Mana yang terbaik aku cuba. Masih ulang benda yang sama untuk sering bertanya. Masih sama, Laana tidak kencing langsung. Tepat 10 malam aku dah pakaikan pampers sebab dah waktu tidur dia. Selalunye anak-anak akan tidur jam 9 malam atau  kurang dari jam 10 malam.

HARI KELIMA (JUMAAT)

Esok cuti, jadi mlm ni aku cuba lagi train dia untuk beritahu sekiranya nak ke tandas. Dah nak masuk hari ke 5 aku cuba train dia selama 3 jam untuk tidak pakai pampers. Jam 9.30 malam dia tengah main dalam bilik tak sedar kot terkucil. Aku pun masa tu ralik tengok tv terlupa nak bertanyakan untuk ke tandas atau tidak. Memang aku bising la pada dia kenapa kencing tak beritahu ibu. Masa hari ke 5 dah mula bertegas. Dia duduk dalam toilet sambil menunggu aku mop dan basuh karpet yang terkena air kencing. Masa ni memang banyak juga dia buang air kecil. Tambahan semua mainan pun terkena. Jadi aku terpaksa kutip utk basuh. Sambil kemas-kemas, dia ada je dalam bilik air sambil menangis. Macam lebih kurang hukuman jugak laa untuk dia tak beritahu kenapa tak beritahu untuk buang air kecil.

Selesai mop dan basuh apa yang patut, aku mandikan dia dan pesan pada dia sekali lagi untuk beritahu sekiranya mahu buang air kecil / besar. Laana cuma mengangguk.  Lepas pakaikan baju semua, dia terlena.


HARI KE ENAM  (SABTU)

Hari sabtu ni aku masih belum berputus asa untuk potty train Laana. Laana bangun seawal jam 8 pagi. Jadi selepas mandi, aku cakap pada dia, no pampers. Nak kencing bagitahu ibu atau terus ke toilet. Kali ni aku nak cuba FREE PAMPERS dari 8.00 pagi sehingga 12 tengahari. WEekend kan ? Tak kemana-mana so cuba untuk potty train anak je laa. Macam biasa, walau dah tanya sekerap mungkin, dia menangis-nangis and meraung. AKu cepat-cepat datang tengok dah terkucil pun. Time ni aku tanya dia, kenapa tak beritahu ibu. Dia jawab sejuk tak perasan nak kencing. Baru pukul 10 pagi ! Ok laaa macam biasa dia akan duduk dalam bilik air sambil tunggu aku mop.

Ibu macam biasa laa harus laa BEBEL dan marah2. Kalau tak marah anak-anak of course tak takut dan tak tahu ibu marah dan ibu tak suka apa dia buat. Aku ugut dia kalau kencing lagi, dia kene duduk luar. Luar gelap. Heheheh ..Mestila dia tak nak dan takut. Ada monyet katanya di Luar.  Jadi lepas mop dan mandikan dia, aku masih tak putus asa untuk teruskan juga potty train Laana. Dari 10 pagi tu sampai jam 12 tenghari aku selalu bertanya kan soalan sama. NAK KENCING TAK ?  Dia macam biasa geleng kepala.

Tapi dalam jam 2.00 petang tu dia berlari kt aku yang tengah tengok TV kt Sofa. Berlari smbil buka seluar. Aku kerut dahi.

" Kenapa Kakak ? " Aku tanya tapi macam dah dapat agak.
" Ibu Nak kencing Tak tahannnnnnnnnnnnnnnnn .... "
Aku cepat-cepat bawa dia ke dalam toilet and buka seluar dalam tu je takut terkucil. Hehe macam berjaya jek misi kali ni. Ibu Of course la Happy kan?

"Haa kan bagus kakak mcm ni. Lain kali bgtahu ye. Tak pun kakak terus pegi toilet"
Laana angguk and senyum2.
"Nanti kalau kakak dah tak kencing ibu bagi HADIAH ye ?"
"Yeay Laana nak Hadiah !"


so semenjak dari hari tu dia dah mula belajar untuk ke tandas tanpa FAILED ! Begitulah perjalanan potty train Laana. Sekejap sahaja, tapi parents kene gigih dan tekadkan hati tu. Inshaa Allah setiap sesuatu tu mesti ambil masa yang lama. Bukan sehari dua ye. Jangan juga separuh separuh cuba. Once dah nak FREE kan dia dari pampers, so terus TEKAD dan CEKALKAN hati. Jangan sekejap malas, sekejap rajin nk buat. Benda ni memang kene rajin sebab ko sanggup nak basuh and mop kencing budak ????????????? Sabor je laaaaa


Hehe Kak Laana officially 3 years old sekarang



JEJAK KAKI DI BRUSSELS !!! ~ DAY 1

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM, HELLO !

oK tetiba rasa janggal kan nak update blog sebab dah nak hampir setahun wei tak update ! Aku busy giler-giler. Tak ada masa nak ngadap laptop. Kalau ada masa tu pun dah diisi dengan waktu TIDUR... Bahagia tak hidup balik keja, mandi... makan ... terus tertidur lepas isya'. Macam tak ada anak kan, tapi selalunya husband aku dah uruskan diorang, melainkan kalau dia kerja waktu petang balik lewat malam sikit. So habis 1 bab mukadimah kenapa lama tak berBELOG kan ? 

Tapi disebabkan passion untuk menaip tu sebenarnya masih tinggi dalam diri aku nih ha, aku menggigihkan jugak laa diri ni menaip dan perah idea untuk menulis (eh ingat senang ke nak menulis?) sO untuk entri pertama kalinya untuk tahun 2019 ni aku nk sharing pasal working visit aku ke EROPAH ! Yesss EROPAH  wei !! Macam tak caye pulak rasanye nama tersenarai untuk visit kali ni. Itulah namanye rezeki kan? Siapalah kita untuk mempertikaikan rezeki Allah. Masa dapat tahu nama tercalon ni tengah cuti raya. hehe apa lagi melompat jugak la suka.. Pancaroba, dugaan suka duka kami sehinggalah sampai waktu nak bertolak tu terpaksalah aku simpan dalam poket je. Sebab nak cerita pasal trip tu jek. Anak-anak tinggal dengan tok mommy dorang di Kuantan. sO dapatlah aku keluar bekerja dengan lebih tenang.



Makanan dalam emirates 



Tapi kan korang jangan terkejut pulak. Tarikh aku ke europe ni sebenarnya 17 Ogos 2019 ye. Bermaksud selepas 2 bulan baru ada masa untuk hapdet entri ni ! Ya ALLAH !!! Apa nak jadi dengan i nih ?? Okey... so aku ke sana tak lama pun. Hanya 7 hari 9 malam . Touch down Malaysia 25 Ogos 2019 dekat jam 11 malam. Eskkan tu outstation ke Port Dickson 2 hari and straight to Lumut 3 hari. I is pitam !

safely arrived .. BRUSSELS AIRPORT 

Ok tetiba bagi pic terus sampai di Brussels Airport kan ? Actually perjalanan kami ni 13 jam dengan menaiki Emirates so transit 3 jam di Dubai. Waktu bertolak dari Malaysia masa tu jam 2.30 pagi (18hb) so kami sampai Dubai 6 jam selepas tu (lebih kurang 8.30 pagi waktu Malaysia, tapi di Dubai waktu lebih awal. Kami sampai 6.00 pagi waktu sana. sO sempatlah solat Subuh di Surau Dubai Airport). Perjalanan kali ni tak susah mana sebab agen pelancongan kami turut serta sebab nak handle 15 peserta tu agak rumit. 3 Jam transit, kami pun bertolak ke Brussels pada jam 9.20 pagi (waktu Dubai). sO sampai di Brussels lebih kurang jam 4.30 petang (sepatut wakut Dubai). Tapi kat sana awal lagi jam, so kami sampai dalam 1.30 petang (Waktu Brussels, 18hb) sO jimat masa kami sampai di sana. 

Ok ni lah antara yang join working visit ni. Dari Jabatan aku 6 dan selebihnya wakil state

heading to... BRUSSELS 
pemandangan dari bas. Sis duduk depan sekali K ... Luas sikit pemandangan

Untuk trip yang pertama kali yang jauh ni, semestinya kene buat persiapan lebih awal. 

1. check suhu di sana berapa celcius. Bila da tahu senang nak bawa baju sejuk yang macam mana.  Tempoh hari aku cuma bawa 4 helai baju sejuk. Mana aku cari baju sejuk ? Nanti aku share lain entri.

2. Makanan kalau lapar di malam hari. So far trip kali ni, kami breakfast di hotel. Ambil makanan yang kita tahu boleh di makan. oats, roti bakar, jus apple, coffe, waffles, buah-buahan. Tengahari kami makan di luar sebab tak sempat balik ke hotel. So terpaksa sediakan duit untuk lunch. Klw malam tu boleh la makan apa yang di bawa dari Malaysia 

3. Sediakan satu beg kosong sebab beg akan menjadi 2 ye. Hahaha.. 

4. Jangan lupa ubat-ubatan, toiletries, stokin untuk tidur malam. 

5. Beli sim kad dari Malaysia terus. Tak ingat apa line Europe tapi lebih murah dibeli di Malaysia, berbanding kita beli di sana. Contohnya kawan aku beli siap di Malaysia tak smpai harganya RM100.00 tapi bila di sana harganya menjadi 50euro = RM230.00. 

6. Tukar duit secukupnya. Tapi rasanya boleh tukar sikit sahaja untuk beli barang-barang yang dijual di kedai kecil. Lebih senang dan jimat kita swipe je pakai BigPay. Masa aku pergi tempoh hari mata wang Euro adalah RM1 = 4.6Euro 

7. Bawa bagpack 1 yang akan dibawa naik bersama hand luggage. Dalam tu letak towel kecik, telekung, make up untuk kegunaan nak solat and touch up. Eeheee.. 

8. Elakkan bawa handbeg. Sling beg is better. sO dalam tu nanti letak la passport, duit, kad kredit/Debit, lipstic, bedak. 

Antra tips yang senang untuk semua laa. Nak bagi tips lelebih pun sebab baru first time smpai ke Europe nih ! 


Makanan wajib bawa takut kebulur. Aku bawa 2 beg je ke sana. 




Masa kami sampai di Airport tu, dah memang ada orang jemput kami dengan sepanduk K. sO agen pelangcongan dah sediakan bas untuk kami sepanjang 3 hari di Brussels. 3 hari je kan? Bunyi macam sekejap, tapi rasanya dah ckup lama tu. Disebabkan kami tiba awal lebih kurang 2.30 petang tu siap semua dalam bas, pemandu bas sempatlah bawa kami pusing-pusing tempat yang famous di Brussels. Tak sempat nak rasa penat sebab eksaited punya pasal. Program working visit kami bermula 19hb, jadi sempatlah kami ronda-ronda bandar Brussels dulu. Antara tempat pertama yang dibawa adalah Atomium, Brussels. 


Ok yang dibelakang tu adalah Automium. Memang antara tempat terkenal di Brussels. Lebih kurang macam menara. Boleh masuk ke dalam so dari atas ada teropong untuk kita boleh lihat keseluruhan pemandangan bandar Brussels. Tapi nak masuk tu que agak panjang dan BERBAYAR ye. so kami tak masuk je. Just ambik gambar and chow ! 



Lepas dari Atomium tu, driver bas bawa kami ke tempat yang agak terkenal di Brussels lagi iaitu Grand Place ! Masa sampai situ terkesima jugakla macam terkejut. Cantik betul senibina bangunan dia. Kebetulan masa kami ke sana tu Summer Holiday. Summer pn tak macam summer la. Masa di Malaysia kami google suhu lebih kurang 22 celcius. Tapi bila sampai sana, jadi 14 - 17 celcius. Ko ghase ???? Itu belum malam. Malam suhunye 11 . Berhuhu la kami sebab bawa baju sejuk yang ala tak berapa sejuk tak berapa panas. 

on the way nak ke Grand Place kami lalu sini. Serious cantik semua building dia. Unik kn?


yg baju merah tu pemandu pelancong hari kejadian. sO tibalah kami di Grand Place





credit: google

Credit: google

Credit: google





Waffle? 

Brussels memang terkenal jugak dengan waffle ye. Memang trademark dia la waffle ni. Bezanya Waffle Brussels dan Malaysia ni ada pelbagai jenis rupa dan perasa jek. Tapi dari segi rasa tu, ermmmm Malaysia lagi sedap kot ! ehehe ..







credit: google

Cantik tak Brussels ?? 

Haaaa.... Ni baru 2 tempat yang kitorang melawat untuk hari pertama. Badan da mula rasa penat. Bila tengok jam. Mak ai da jam 6.00 petang, dengan tak mandinya dari pagi semalam jam 2.30 pagi. Nasib cuaca sejuk. sO dalam keadaan dah mula kepenatan, kami decide untuk balik berehat dan check-in Hotel. Esok pagi lagi kami ada working visit pertama, so badan perlukan rehat yang cukup. Kami bergegas kembali ke bas. Sesampai di hotel dalam jam 8 malam sebab sebelum tu kami singgah makan nasi. Bila sejuk ni perut lapar.... Cuaca pun masih cerah lagi walau jam 7 malam, sebab di sana magrib dalam jam 9 malam. Means jam 7 tu masih cerah. 


Nasi arab ala Brussels. SEDAP wei !!! 

Pemandangan luar dari bilik aku. Cerah bederang lagi haaa 8 malam wei


Dah nampak ada katil ? sO apa lagi. Lepas mandi, solat, kemas beg sikit aku tak sedar jam berapa dah terlena tu. Bangun-bangun je terjaga sendiri tengok jam laaa dah 4.30 pagi (Waktu Malaysia 10 pagi) hehe.. Tak boleh nak tidur da haa. Terus bangun, solat subuh (Subuh masuk jam 4.30 pg) , iron baju untuk visit pagi ni, siapkan bahan, mandi, video call dengan anak-anak dan bersiap. Begitulah rutin di sana sepanjang 7 hari tu. 

Ok la nanti 2nd day Brussels, bersambung next entri.... 

Tema PINK untuk deco-deco bilik anak perempuan dan Tips Hilangkn KULAT dinding

$
0
0
Selamat petang... 

Hari ni rasa macam free sikit. Jadinye nak update story deco-deco lagi.. Diam tak diam tak sangka dah dekat 2tahun duduk rumah baru tu. Rumah baru ke ? Hahaha tak adalah baru lagi. Tapi baru-baru ni aku ada deco bilik untuk anak perempuan. Walaupun dorang tak tidur di bilik ni lagi, tapi sekurang-kurangnya, untuk bilik dorang nak main tu boleh sangat la. Kiranya untuk elak dari bersepah, aku akan pastikan diorang main dalam bilik ni sahaja. Tak adalah mainan bersepah-sepah tak tentu hala dekat ruang tamu tu. sO inisiatif ni aku buat masa tu alang-alang ada saguhati RM500. Nak beli barang sekolah, anak-anak masih kecil, jadi ibu mampu la ubahsuai sikit bilik ni. Touch up mana yang kurang dengan bajet yang ada. Memandangkan tak nak membazir, so masih menggunapakai barang lama. Cuma aku tambah rak almari trofast dari ikea je dengan cat 

Cost untuk deco bilik anak: 
1. Cat pink : RM36 Jotun 1 liter
2. Cat putih: RM25 Dulux 1 liter 
3. Rak trofast: RM241
4. Karpet bulu2 di Kaison : RM39.90 
5. Rak buku RM29.90 (Beli kt Giant je)

Total: RM371  or lebih kurang RM400 la 




Haa tu dia cik kiah dengan cik jemah tengah bergosip ke apa ??? 

ni ruang letak buku2nya. hehe mcm2 buku cerita semua ada kt sini. nak cat putih tak sempat-sempat lagi haaa....



seronok tengok dorang gembira main dalam bilik ni dengan suasana ceria. 


We choose BERMUDA PINK 


Cantik tak pink tu? hehehe Actually ada kisah kenapa kami deco semula bilik ni. Bilik tengah ni, masa mula-mula masuk kami tak cat pun. Kiranya pakai original cat dari developer bagi. Kami cat di  keseluruhan ruang tamu, dan dalam bilik utama depan sekali. Jadinye bilik tengah ni pakai original cat. Tapi malangnye, ada 1 insiden tu aku tengok kenapalah baju dalam almari dalam bilik tengah ni berbau hapak. Lebih kurang macam ada kulat gitu. sO aku belek-belek, ya Allah, almari aku berkulat penuh dekat belakang. Hampir kene pakaian kat dalam almari tu. sO bila fikir-fikir, mungkin developer pakai cat murah, senanglah naik kulatnya. Dekat ruang tamu dan bilik depan kami pakai cat yang anti kulat. sO kulat memang tak akan naik. Inshaa ALLAH.... 

Yang lebih tragis, wallpaper pun kene kulat tersebut. Memang rasa nak menangis juga masa mula-mula tengok belakang almari dan keadaan sebenar bilik bila di alih almari dan kati tu. 








sO inisiatif en suami, dia buka wallpaper yang kene kulat sahaja. Bole amik cutter and potong je. Then tarik. Kemudian kami cat warna putih dahulu untuk lapisan pertama. Kemudian Lapisan kedua baru lah cat dengan warna pink. 

Sapu dlu pakai cuka before cat. jenuh jugak cuci dengan cuka. Bagi hilang kulat-kulat yang bermaharajalela




Inisiatif lain yg kami nk jimatkan adalah. en Suami bersihkan almari yang naik kulat tu. buang dengan dettol dan cuka dahulu. Kemudian sapu dengan 1 alat tak ingat dah nama apa, dan last sekali cat semula almari dengan cat putih untuk kayu. 



Dah hilang kulat...
Ok laaa rasanya dah hampir setahun kisah kulat ni. So far memang tak ada lagi kes kulat dalam bilik tengah tu lagi. Mujarab la kiranya cat anti kulat ni. Alamak.. 

Cantiknya Brussels... Day 1

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM,

Hai.. sebenarnya da lama jugak menaip entri pasal trip ke Brussels ni, tapi selalu rasa info masih tak cukup. Ada je yang menghalang dari menghabiskan entri ni. sO aku decide tenghari ni nak post jugak. Dah lama sangat tak update blog. Untuk tahun 2019 ni rasanya baru sekali aku post entri kan? memandangkan selalu sangat busy, aku cuma sempat ambil gambar, dan asingkan dalam folder berasingan mengikut tajuk supaya senang nanti nak ingat sewaktu menaip nanti. Ok kali ni nak bercerita serba sedikit pengalaman aku ke Brussels, Belgium. Belgium pulak adalah sebuah negara di Eropah Barat, dikenali sebagai bandar zaman pertengahan, seni bina Renaissance dan sebagai ibu pejabat Kesatuan Eropah dan NATO. Ok Pendurduk di Belgium ni menutur dalam 3 bahasa iaitu Belanda, Perancis dan Jerman. 



Ok pengalaman ke Europe kali ni adalah selama 9 hari bermula dengan Brussels, Belgium 3 hari, kemudian kami ke Berlin Jerman, selama 1 hari, dan terakhir kami akan di Den Haag, Belanda selama3 hari juga. sO selebihnya masa perjalanan la. Kami ke sana dengan penerbangan Emirates memandangkan untuk ambil British Airways masa hari kejadian terdapat beberapa insiden mogok oleh pilot mereka. sO untuk tidak mengambil risiko, kami semua setuju untuk menaiki penerbangan Emirates. KLIA ke Dubai, mengambil masa lebih kurang 6 jam, dan kami transit selamat 3 jam. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Brussels dari Dubai yang mengambil masa selama 7 jam. Omg.. jumlah perjalnan di atas kapal terbang adalah 13 jam. Oh NO!!!! 

Mujur ada pelbagai movie yang boleh ditonton sepanjang penerbangan. Untuk penerbangan selama 13 jam tu aku hanya menghabiskan masa dengan tidur dan menonton movie. Boleh dikata penerbangan dengan Emirates sangat selesa dan berpuasa hati. Makanan yang dihidangkan pn agak menyelerakan. 


Makanan dalam Emirates untuk 13 Jam. Breakfast dan makan petang



Yehuuuuu da smpai !!! 
Gambar kenangan di Brussels Airport.

Kami bertolak dari Malaysia pada hari Ahad jam 2.15 pagi, dan smpai pada Ahad juga di Brussels pada jam 1.20 petang. Kalau di Europe masa akan menjadi lebih lewat sedikit. So Kira masa kita akan lebih jimat. Sampai di Airport lebih kurang jam 1.20 petang. Selesai urusan beg dan naik bas, dalam jam 2.30 petang kami terus ke bandar. Bila trip dengan opis ni, kenderaan kami berulang-alik memang telah disediakan oleh penganjur/ urusetia. Memandangkan untuk menjimatkan masa yang ada. Almaklumlah bukan senang nak ke sini, jadi kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda dulu di sekitar Brussels, sebelum check in hotel. 

Bas yang kami naiki tu memang bawa ke tempat-tempat yang agak menarik di Brussels. Badan yang agak penat pun terus segar bila melihat kecantikan bandar Brussels ni. Bandar Brussels tak besar mana, jadi memang ckup waktu untuk kami melawat dalam masa 3 hari ni. 



Menara Atomium 

Tempat pertama yang driver bus bawa kami adalah ke Menara Atomium Brussels. Menara ni sangat popular dan menerima kunjungan yang ramai dan mempunyai ketinggian 103 meter dibina pada tahun 1958. Diberi nama Atomium kerana bentuknya yang seakan atom nukluer dan mendapat gelaran bangunan paling pelik di Eropah. Pengunjung boleh masuk ke dalam menara tersebut untuk melihat bandar Brussels dari atas. Masuk bukan percuma yee. 


sempat mengukir kenangan di depan Menara Automium ni. 



sekejap je kami di Atomium untuk bergambar kenangan. Nak naik ke menara tu rasa macam tak berbaloi kot dengan que yang sangat panjang. Masa kami ke sana tu, bulan Ogos ada lah penghujung musim panas. Kiranya tak sejuk dan tak panas. Cek suhu dalam 17 celcius macam tu. Masih perlu baju tebal yang tidak lah terlalu tebal sangat. Tapi kalau malam mau gigil juga cecah 12 celcius. Orang-orang di Europe bila sampai musim panas ni dorang selalu bercuti. Sebab tu orang sangat ramai di sana sini. Most pejabat akan bercuti untuk tempoh waktu yang sangat panjang lebih kurang 1-2 bulan. 

Work visit kami untuk trip ni pun sepatutnya mereka sedang bercuti. Tapi orang-orang sana sangat mengalukan kedatangan kami. Dorang dengan senang hati boleh hadir bekerja pada hari kami ke sana. Alhamdulillah.. segala urusan Day 1 dipermudahkan. 


The Grand Place 

Kami meneruskan aktiviti ronda-ronda kami sebelum pergi makan dan check in hotel. Nak balik ke hotel takut makan masa dan merugikan. Jadi kami menerukan untuk aktiviti ke-2 hari itu. Driver bas membawa kami disekitar bandar kecil Brussels. Bandarnya sangat cantik, bersih, dan kelihatan begitu banyak penunggang basikal. 






University. Sempat snap dari dalam bas yang bergerak

Cantik kan tempat-tempat di sekitar Brussels. Gambar-gambar di atas tu semua di ambil semasa bas bgerak. Destinasi seterusnya kami dibawa ke tempat paling tekenal di europe la iaitu The Grand Place. Masa dibawa ke sini memang terkesima tengok cantiknye building-building dan suasana. Cuaca, keadaan, sekliling. Kebetulan musim summer kan. Ramai sangat pengunjung yang bercuti dan dtang ke sini. Di sini kami diberi masa selama lebih kurang 1 jam setengah sahaja, sebelum makan malam. Bas diberhentikan di tepi bangunan dan kami berjalan menuju ke The Grand Place tersebut. So sambil berjalan, dapatlah tengok suasana sekeliling sebelum sampai. 












Untuk hari pertama tak banyak sangat pun gambar dapat di ambil. Lagipun perut da mula lapar ni. Dalam jam 6.00 petang kami dah mula bersurai untuk makan malam pulak. 

tak sempat ambik gmbar kedai makan. Tapi makanan di sini semua sedappppp ! hehe.. menarik tak? Kenyang sepanjang disini. Alhamdulillah. 


Selesai makan kami bergegas untuk check in hotel pulak sebabnya berkejar before magrib masuk. Waktu solat di sini berbeza dengan di Malaysia. Of course la kan ! sO untuk musim ni, waktu magrib pada jam 9.05 mlm. Jadinye sempat sangat untuk kami jama' waktu zohor dan asar tadi. Kami sampai di Hotel lebih kurang jam 8.30 malam. Mashaa Allah baru rasa penatnyaa hari ni. Sempat untuk kami solat dahulu. Selesai check in, aku terus masuk ke bilik. Di sini kami menginap di Marriot Brussels Hotel. Rupanya hotel ni sangat dekat dengan The Grand Place tadi. Kalau jalan kaki dalam 15 minit shj. Dekat kan ??? Korang tau apa dalam pemikiran kami semua masa tu ?? 

jeng jeng jeng .... ni kalau nk ke Grand Place setiap hari pn boley..... sebab banyak tempat menarik disitu tak habis kami melawat lagi. 

maaf bukan bersepah. Disebabkan kami duduk seorang sbilik, katil sebelah ni kosong sangat, jadi aku sengaja hampar beg di atas ni. Baju untuk program besok nk iron siap-siap. 

Pemandangan dari tingkap bilik hotel ku pada jam 8.30 mlm . YES 8.30 MALAM !!

Ok.. sekian untuk Day 1. Nanti ada masa akan disambung Day 2 pulak yeee. Insha ALLAH .... 


Ice cream bentuk pelik tapi sedappppppp di pride of snow ice

$
0
0
its dessert time !! Minggu lepas aku balik Kuantan cuti seminggu. Amik kau seminggu terus memang heaven laaa. Hihihi sape tak suka cuti lama kan?? Nak nak balik rumah parents sendiri. Husband tak dapat cuti lama pun. Dia cuma hantar aku jek then balik dengan bas. Then seminggu kendian dia naik bas ke Kuantan and amik aku and baby balik KL. Bila balik Kuantan ni mak aku memang kaki jalan. Di samping adik adik yang suka jugak berjalan. Kitorang dari pagi lagi keluar breakfast kat luar haa. Then ke ECM Mall Jap saja cuci mata. Dah agak lama shopping tu mak cakap nak belanja ice cream. Aku ingatkan ice cream apa laa. Sebelah tu Baskin Roobin. Haha ingatkan Baskin Roobin la kan?? Rupanya bukannnnn. Haha jakun sekejap bila masuk kedai ice cream tu haa. 

Tengok rupa dia memang pelik sikit. Tapi rasa dia sedappppp. Lembut and tak manis tak tawar. Just nice. Ada campur buah-buahan. Healthy sikit la kan?? Orang sentiasa ramai kedai nih. Portion dia besar ada kecik pun ada. Yang besar buleh share 2 orang la. Aritu kami order 3 flavor, then share 6 orang. Kalau sorang makan ish rasanya memang tak akan habis. Kami order ice cream mangga, coklat dan vanilla milk. 

sempat posing selepas ice creeam da habis. 







Banyakkan portion dia? Ni size biasa rasanya. Kalau yg kecik pun ada. tapi mcm tak berbaloi. Baik beli besar terus 







total price dia almost RM30 jugak 3 ice cream. tp pueh hati !

Ruang Membaca untuk si Kecil

$
0
0
Selamat malam. Hai dah lama tak update new entri kan? sO entri seterusnya sempena situasi kita sekarang yang dalam tempoh kawalan pergerakan ataupun PKP. Tempoh yg agak panjang dirumah, so salah satu aktiviti yang berjaya aku buat adalah .... CAT RAK BUKU . Dari warna coklat ke warna Putih la u olls. Selesai bab ruang membaca. Sebenarnya kalau diikutkan hati ni banyak betul nak deco bilik anak dara aku yang 2 orang tu. Tak suka nak membazir, jadi aku lebihkan kepada penjimatan dalam bab mendeco ni. Lagipun anak-anak kecil ni cepat je membesar. Bila diorang membesar ni deco bilik pun berubah lagi. 

Actually aku pernah share sebelum ni pasal bilik anak-anak. Warna tema adalah lebih kepada PINK & PUTIH. sO tak nak lari dari tema tu, sebolehnya nak jimat ni aku lebih senang untuk cat je almari yang sedia ada kepada warna putih. Cuma ada la beberapanya yang baru dibeli t uterus je aku grab warna putih. Contohnya rak almari dari IKEA ni. Boleh rujuk entri aku yang sebelum ni Pink tema untuk deco deco bilik anak

Untuk almari IKEA tu aku beli untuk simpan mainan. Memang sangat berbaloi untuk simpan mainan anak-anak. Meja putih tu untuk anak-anak nak bermain toys atau pun belajar. Ruang membaca yang aku maksudkan tempat ni la. Then rak almari buku yang telah dicat putih. Buku-buku cerita, mewarna dan macam-macam lagi memang dibeli untuk memupuk budaya suka membaca kononnya. Tapi memang anak-anak jadi suka membaca dan mewarna. 

Taraaa ni la dia hasilnye selepas dicat putih. Aku pakai cat nippon utk kayu je. Buku cerita memang banyak. So Almari baju pn dah siap dicat. 1 warna jeee. 
              

so ni pulak ruang untuk bermain pada asalnye, tapi bila da ada rak buku tu, boleh juga dijadikan ruangan untuk buat homework, membaca dan sebagainya. 


Jadila, untuk isi masa lapang sambil #stay at home.
Box pink tu aku letak semua anak patung dalam tu. Beli dekat kaison dalam harga RM28.00

karpet ala ala baldu gitu. Aku suka sebab boleh dibasuh ni dengan mesin basuh. Lembut gler. Beli dekat Mr Diy aritu. Besar jgk. Jadilaah tak mahal sangat dalam RM62.00

Sudut membaca ni ringkas je dibuat. Tak nak terlalu padat atau berat. Cukuplah ada meja dan kerusi serta rak buku. Selalu anak-anak pilih je buku mana-mana dari sini dan duduk membca di meja yang telah disediakan. sO sebenarnya saja nak memupuk budaya membaca je. Tak adalah anak-anak boring dirumah selain main. 

ni lah warna rak buku tu sebenarnya.... boring kan?

Ok la. so u olls pn bole cuba adakan ruangan membaca untuk anak-anak, supaya dorang rajin sikit nak do homework ke, membaca ke, mewarna or anything else. Ok goodnight!

Siapa Kerja di Rumah semasa Tempoh PKP - COVID 19 ? Jom Share cerita ...

$
0
0
PKP tu rasanya semua orang tahu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Senang nk ringkaskan kepada PKP sahaja. Rata-rata masa ni memang boleh dikatakan semua orang sedang dan memang kene bekerja dari rumah pun. Aku tak terkecuali lah. Boleh dikatakan dah tak kenal dah hari apa, sebab rasanye setiap hari lebih busy dari hari-hari sebelum ni di pejabat. Siapa rasa macam tu ? Kalau ada rasa macam tu KITA GENG !!! 

Dalam tempoh PKP ni masa ni cepatnye berlalu. Tahu-tahu hari dah petang. Eh dah MALAM ?? As a MOM, WIFE, & WORKER Work frome hi semestinya MENCABAR laa untuk aku. Tapi tak apa, sebenarnya kunci dia TIME MANAGEMENT je penting. Bergantung kepada situasi setiap orang sebab setiap orang berbeza keadaannya. Macam aku ni everyday memang kene mengadap laptop, kene memasak, jaga 2 orang anak kecil (seorang 3 years, seorang 5 years) Omaigad boleh bayangkan tak macam mana nak control rumah ni without husband sebab dia essential service so keje macam biasa pegi pagi balik petang. 


Actually kalau korang memang kene work from home (WFH) ni first thing first memang kene SETUP WORKSTATION untuk diri sendiri. Tak kisahla kot mcm mn asalkan korang selesa. Untuk diri sendiri jugak kan? Aku pilih area living hall ni satu sebab jarang orang berkumpul sini, dekat dengan aircond. hahaha sejuk buat keje atas kepala je, yang 3rd nye dekat dgn plug. Kalau habis bateri plug in je laaa.... Anak-anak xpenah usik barang kerja aku so senang la nak tinggal pun. 

Selalunya bila malam sebelum tidur tu aku dah list dah ESOK NAK BUAT APA? Senang sangat kalau dah list. Bukan apa takut terlupa. Bawak balik kan buku Planner ? Ha catit je semua dalam tu. Lagipun memang penting pun kan list down apa kerja kita buat, at last Bos mesti mintak output dari kita after PKP ni. Mesti punya sebab selalunya syarat wajib WFH ni ada list output kerja-kerja kia. 

Bangun pagi tu selalunya jam 7.30 aku dah start mandi, siapkan breakfast. Anak-anak mula bangun, so mandikan anak-anak. Bagi makan. Bila perut dah kenyang, bagi tengok movie or cartoon, sure dorang diam. Yang penting BANGUN PAGI-PAGI mesti banyak benda boleh dibuat tau. Janganlah mentang WFH korang bangun 11 pagi, 12 tengahari. Sebab rasanya kerja awal pagi lebih Fresh. 



Selalunya bila aku start mengadap laptop, jarang sangat dorang ni kacau. Kalau kacau pun Nak makan, Nak susu, nak buang air kecil dan besar. Both dah tak pakai pampers so ulang-alik gitu laaa. Selalunya time aku meeting ni pagi ada petang pn ada. Meeting VC ikut la projek apa dan mengenai apa kan? sO kalau terkena pagi petang schedule meeting tu aku memang mengadap laptop untuk benda-benda ni je laaa. Tapi sempat curi masa untuk masak sekejap. Kene siapkan lauk2 tua awal. Contoh nak masak Ayam masak merah. keluarkan ayam pagi-pagi. Tengahari dah perap garam kunyit, lepas zohor goreng. Sambil tu dah boleh masak terus kuah masak merahnye. Bahan2 tumis aku dah siap blend berbotol2 dah bawang merah n putih. 

List down semua kerja-kerja nak diselesaikan. Tick yang mana dah selesai. 

sempat curi masak balas emel sambil masak. Lupa lauk tak siap lagi Jam dah 4.00 petang

Setiap hari kalau rutin sama anak-anak boring jugak. Ada masa ni 2 minggu aritu bagi dorang mandi Kolam. Hmmm dorang dah tau bangun pagi2 pkul 8 dah terjun pool. Sekejap2 kene tengok la budak2 ni mandi. Tak semua hari pun anak2 ok.



Ada juga masa hari MERAGAM dorang. Kene pandai la kawal emosi ni takut tak leh control, ibu bertukar jadi HULK pulak. 

Ini kalau lama main mula la bergaduh. Hingar bingar rumah. Ada masa bergaduh, ada masa baik itu NORMAL. Ada masa nak pakai baju cantik pulak layankan ajee padahal duduk rumah je.. Ikut je la asalkan diorang ni behave. Bila petang stop sekejap masuk kebun. Hahahaha kebun ni nanti share next post. Bila malam, sambung kerja sikit. Then kemas rumah sebelum tidur. Begitulah rutin harian PKP ni. harap bertabahlaah.. 

Ada yang suka ada yang tak suka PKP ni berlanjutan. Kita ambil yang positive sahaja. Kerajaan cuba bantu sedaya upaya untuk pulihkan keadaan sebelum terlambat. Jadi kita cuma perlu patuh dan support. Mungkin ada yang kebosanan di rumah, ada yang mengeluh PKP ni dilanjutkan, tapi percayalah setiap perkara yang terjadi pasti ada HIKMAHnyeee. Aku rasa lebih tenang PKP ni. Kalau masa kerja dlu solat selalu di akhir waktu. Asar 4.30 petang, 4.15 la baru aku bergegas ke surau. Sekarang ni di rumah boleh solat setiap waktu di awal waktu. 

Sebelum ni tak ada masa nak mengaji Al Quran, sekarang ni lepas magrib, sempat mengaji Al Quran. Alhamdulillah.. Sebelum ni nak tengok anak belajar di rumah susah sebab busy sangat malamnye Jam 8 anak dah lelap... Sekarang ni pagi petang mlm boleh bagi dia latihan dia FOllow je. Siap buat disebelah kita lagi. Sebelum ni tengok anak pg n mlm je masa anto p Tadika. Sekarang ni 24hours anak dengan kita. TAK HAPPY KE ?? Memang la mencabar anak depan mata masa kita tengah buat keje or busy tapi PUAS sangat anak main depan mata. 

Oklah. tu je nak bebel. Lama sangat tak menulis kan ? ni pun sebelum tidur sempat la fikir untuk 1 entri. Next nak cerita pasal Kebun belakang rumah. Tapi tunggu la ada masa FREE lagi ye. Rumah dah kemas so nak tidur pun senang hati. 



Progress Rumah 80%: Pemaju lambat -_-

$
0
0
Sebenarnya aku emo nak bercerita pasal rumah ni. Tak eksaited nak cerita. Tapi sedih and geram pulak. Tapi kita tetap kene cool..bertenang dan bersabar. Jangan cepat melatah. Kalau mengamuk pun xdapat apa. Jadi kita bertenang. Lagipun sebagai pembeli kita kene berbaik dengan developer supaya semua kerja-kerja mcm nk renovate defect, nak dpatkan penalti dorang lewat and klau pihak kita pun ada penalti dapatlah kurangkan. sO win win situation. Jadi bertenang sahaja walau dalam hati ni panas ! 

Sebenarnya aku sign SNP tu September 2014 lagi. Means dat sepatutnya rumah aku tu dah siap September 2016 (ikut tempoh sign snp tu 24months after snp signed). sO sekarang and masuk hari ini aku kira-kira tadi adalah 115 hari lewat. 4 bulan jugak la tuh. sO aku plak semakin eksaited bila email and call developer kata early februari akan siap. Okey kita tunggu sebab bila pergi tengok progress rumah pun memang semua dah siap. Cuma tunggu CF sahaja. Mungkin lm kot proses dapatkan CF tu. Ye lah sebab tu bukan pihak dorang kan? Kita paham. Jadi dalam masa sama dok tahan marah ni, aku pun eksaited dok prepare rumah la. Plan apa nk kene buat. Disebabkan nama aku shj dalam snp nih jadi En suami x boleh nk keluarkan duit KWSP akaun 2 dia. -_- sob sob. Semua perbelanjaan adalah di atas simpanan kami 6 bulan haha. Kesian kan? 6 bulan sebelum baru nk simpan duit. Maklumlah duit kalau awal-awal ni haish memang rasa nak habiskn jek. Ditambah pulak PTPTN ni mintak habiskn. sO terbang RM1000 minggu lepas. keh keh keh.. Nanti aku cite entri lain bab PTPTN yeee.  



Sekarang ni aku menanti dengan sabar jek laaa proses dapatkan kunci rumah. Hurmm yg menjadi kerisauan aku buat masa ni adalah aku dijangka bersalin hujung bulan 3. Adoi sempat ke siap rumah tu??? Kalau boleh sebab mem besar rumah mesti lah nk hias sendiri, nak pilih sendiri apa yang patut macam langsir, grill, warna cat, susun atur barang. Perbelanjaan and semua aku yang uruskan. Kiranya aku akauntan laa haha. Encik suami bagi duit tp share-share la. Hoii tak larat kalau duit seorang jek ! Cuma kami buat yg basic shj dahulu. Tak mampu nak renovate 1 rumah ! Ada lebih lagi kita buat lagi. Lagipun nak terima kehadiran orang baru ni. Tak sabar pulak rasa nak duduk rumah tu 4 orang 2017 nih ! Tahun 2017 nih tahun magic bagi aku hihi.. 

Ok berbalik kepada cerita rumah aku lambat tu. sO aku menanti dengan redha jek laa. Haha lagipun en suami ada call pemaju semalam tya kalau lambat tu mcm mana? Dorang akan bg apa. Pemaju ckp akan refund la berbentuk penalti gitu. Maka aku ada jugaklah gali and korek maklumat berkaitan apa yang patut kita buat kalau pemaju lambat bagi kunci? sO ada la beberapa info yang aku dapat. Pada masa pemaju serahkan kunci tu, dorang akan bagi siap berapa penalti dorang bagi pada kita. Cuma kita kene siap sedia la dalam kepala nih supaya jangan tertipu. Makanye ni adalah pengiraan yang aku dapat 

(Harga Rumah) X 0.10 / 365 hari = Ini untuk kiraan berapa hari pemaju sepatutnya bayar kepada kita laa. 

Then Berapa hari bilangan lewat X dengan harga berapa RM sehari lewat tu. 


Tak paham?? 
Oke meh nak cite 


RM317,000 (harga rumah aku) X 0.10 / 365 = RM86.00 

Aku ada mentioned tadi setakat hari ini rumah dah lewat 115 hari. Jadi pengiraan untuk sebenar adalah 

115 hari X RM86.00 = RM9890 (pemaju sepatut bayar) .

Banyak kan?? Jadinye kalau pemaju bagi kita RM1k tu jangan cecepat terima and sign ye. Selidik dlu mana tahu dia pun ada tolak siap kita interest dari pihak kita yang lewat. Lagi-lagi yang menggunakan loan kerajaan tuh. 

RUANG PENUTUP KE DAPUR

$
0
0

 Hai Assalamualaikum...

Cerita pertama pada tahun 2021 ni. Dah lama sangat rasanya tak update apa-apa cerita kan? Sebenarnya bila musim PKPB ni bukan nye makin free walau banyak kerja dari rumah, tapi lebih busy dan lain macam aura dia. Yelah kalau dulu-dulu waktu kerja terhad dari 8 pagi sehingga 5 petang shj. Malam jarang sangat aku bawa balik kerja. Tapi sekarang ni. lepas solat subuh tu, bangun kemas rumah sikit dan 8 pagi dah tercongok di depan laptop. Mulakan tugasan berhenti kejap anak nak makan, nak mandi, online school. Lepas tu sambung balik smpai la lewat malam. Waktu tidur tak menentu ada masa jam 12 tengah malam tapi yang selalunya mesti selepas jam 1.30 pagi. Demi mencari sesuap nasi .... 

Apa-apapun harap covid cepatlah selesai. Tak larat rasanya nak hadap kan? Semua terbatas. Untuk cerita kalini rasanya tak adalah menarik sangat cuma nak update sikit pasal ruangan ke dapur tu. Apa-apa berkaitan rumah aku suka je share dalam blog ni sebab kalau ada kawan-kawan yang bertanya boleh ingat lah beli di mana, bila beli, berapa kosnye kan? Dan.. kalau dibaca semula post yang lama-lama ni boleh buat kita tersenyum sendiri pun ada. 



Kronologi: 

Ok kita go dari awal. Pada awalnya rumah aku ni jenis memanjang single storey yang memanjang smpai ke dapur. Disebabkan puas kami berfikir apa cara nak tutup ke dapur tu kan. Makanye masa masuk rumah tu kami pasang sedikit dinding penghadang la kiri kanan supaya tak nampak sangat direct ke dapur tu.


Ok ni adalah keadaan rumah pada awal-awal. Tak usik apa. memang luaskan ruang ke dapur tu? Kalau memasak ni memang habis asap smpai ke lantai luar. 


Selepas berfikir lama tu ktorang tambah sedikit batu untuk tutup ruang dapur. Luas pintu tu kami ikut luar pintu bilik. sO tertutup la sikit. 


Ok selepas siap semua tu hampir 3 tahun jugak la da duduk di rumah ni. sO yang menjadi masalah bila masak tu masih keluar la asapnye. Lantai sedikit berminyak. Jadi kami pun cuba cari lagi apa bole buat untuk tutup pintu tapi nak rumah masih cantik. Hahaha kebetulan masa tu tgn covid fasa 1 thn lepas. Tgk cite da lama tau hehe Pintu ni siap dlm Julai 2020. Ok la tak smpai setahun lg. 

Dalam sebulan tu kami jenuh google cari design mana yang cun sikit la. Cari pembekal lagi. sO memang confius pada asalnya apa jenis design yang kami nak ni? Makin google makin banyak pulak jenis sliding/pintu yang cantik-cantik. 






Antara design yang aku rasa cantik nye masa mula-mula google. gambar credit to google/instagram. Hehehe dah lupa ambik dekat mana tapi semua tu hasil pencarian idea. Bila da tahu range harga ni kami mula cari kontraktor yang boleh buat. Jenuh cari jumpa 1 kontraktor ni dari facebook. Memang betul-betul nekad ni nak pasang. Banyak sebab kami nak pasang. Selain mengelak asap minyak sampai ke lantai luar, selain tu kami pasang aircond di ruang tamu. Jadi bila ruang tamu memanjang ambil masa lama untuk ruang tamu kami ni nak sejuk. sO kami nak tutup la ruang ke dapur. sO ada 2 sebab la kan? Memang menekadkan kami untuk pasang pintu. 

Kemudian bila da jumpa facebook tu, aku terus contact kontraktor tu untuk set date datang ke rumah. Kontraktor akan datang ukur dan bagi quotation. Pada mulanya dia memang tahu aku yang tengah confius tak tahu nak pilih design mn. Dia pun keluarkan design2 yang cantik, yang aku rasa dia da dapat agak taste pintu yang aku nak. Bila dia tunjuk pintu tu aku terus suka dan book trus

Jadinyaa lepas dia tunjuk design ni aku terus suka la. Memang taste ala ala aku nak ni. Cumanya disebabkan pintu aku dah memang kecil. Sebab aku kecikkan kan? So Kalau dari awal tak pasang batu kiri kanan tu, aku boleh buat sbiji dalam gambar. Jadi disebabkan pintu tu dah menjadi kecik, hasilnya pintu aku dibuat secara buka kiri dan kanan sahaja. Tapi bagi aku masih ok dan kene dengan taste aku. 

Draf lukisan dari kontraktor. Dia akan lukis dulu beserta ukuran. Sebab tu dia akan datang untuk ukur. Kita bagi pada yang pakar sahaja ukur


Taraaa ...

Akhirnya siap pintu tak seberapa ni. Jadilah. 


Rupa bila ditutup. Pintu ni tinggi aku buat so bila 

Total kos untuk pintu mcm ni ikut pattern rasanya. kalau jenis slide, sliding, folding, buka mcam pintu. so setiap jenis tu berbeza-beza. Rasanya paling mahal sikit folding la. pattern baru kot. Tapi aku lebih suka sliding mcm ni. Kiri kanan. Kontraktor memang tahu so kita bagi je design dan mtk dia ukur. Aku suka dengan hasil kerja kontraktor ni sebab dia akan advise sekali kita. Then dia pun akan datang je tak berkira walau kedainye di Banting sana sampai ke Shah Alam. 

Kos selalu dikira p' kaki so darab dengan ukuran dinding/ sliding korang nak. Jadi aritu sliding kecik mcm ni lebih kurang RM1950.00. Material kayu campur dgn plastik (nama plastik tu xingat dah lah pulak).  Entri dah taip lama baru nak post 



Viewing all 118 articles
Browse latest View live